Searching...
Feb 4, 2014
4:07 PM 1

Nabil tidak akan mohon maaf kepada Luna Maya

Nabil Ahmad























4 Feb – Pelawak dan pelakon popular, Nabil Ahmad dikecam hebat baru-baru ini berikutan persembahannya pada program "Maharaja Lawak Mega 2013" yang dikatakan telah mengaibkan salah seorang juri tetap rancangan itu, Luna Maya dengan mengaitkan kisah silamnya.

Nabil bagaimanapun telah tampil bagi menjawab dakwaan tersebut dan berkata sepatutnya masyarakat perlu bersikap lebih terbuka kerana dia tidak bercakap sebarang perkara mengaibkan aktres jelita dari Indonesia itu.

"Saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat. Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya Google nama Luna Maya, saya jumpa gambar.

"Saya bukan nak hina dia sebab saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tidak kisah pun. Jadi kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa," ujar Nabil kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Sementara itu, Nabil berkata, dia tidak akan membuat permohonan maaf kerana baginya dia tidak melakukan apa-apa kesalahn terhadap Luna Maya.

1 comments:

  1. tak payah mohon maaf, kalau rasa tak salah, Astro pun satu yang pergi jemput Pelakon lucah/bogel jadi juri buat hapa?

    ReplyDelete

 
Add the Facebook script after the above script.