Searching...
Mar 8, 2014
10:05 PM 0

Meskipun kehilangan pesawat penerbangan MH370 masih menjadi misteri



Meskipun kehilangan pesawat penerbangan MH370 masih menjadi misteri, seorang laksamana tentera laut Vietnam berpendapat, pesawat berkemungkinan besar terhempas 246 kilometer di Luar Pantai Pulau Tho Chu, Vietnam.Tho Chu terletak antara tenggara selatan Vietnam dan Pulau Pelancongan, Phu Quoc.Cerapan Laksamana Ngo Van Phat itu dibuat berdasarkan perkiraan yang diperolehi daripada pihak pasukan penyelamat Malaysia.Ia termasuk mengenai maklumat kelajuan pesawat serta lokasi terakhir pesawat dipercayai berada.

Jurucakap pasukan mencari dan menyelamat Vietnam, Pham Hien, dalam pada itu berkata, isyarat terakhir dikesan ketika pesawat berkenaan berada 120 batu nautika barat daya Wilayah Ca Mau, Vietnam.Lokasi itu dekat dengan sempadan Laut China Selatan dan Teluk Siam.Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Vietnam, Lai Xuan Thanh, pula mengesahkan pihak kawalan udaranya tidak membuat sebarang komunikasi dengan pihak pesawat malang itu.Menurut Timbalan Ketua Staff Tentera Vietnam, Leftenan Jeneral Vo Van Tuan, pesawat berkenaan terputus hubungan dan hilang dari isyarat radar satu minit sebelum memasuki kawasan kawalan udara Vietnam. sumber




0 comments:

Post a Comment