Like us for get Notifications

Rita Rudaini Puji Tindakan Engku Emran Pujuk Erra Fazira









Walaupun reaksi yang diberikan oleh Erra Fazira seakan negatif terhadap tindakan bekas suaminya, Engku Emran yang dilihat cuba memenangi hatinya semula tetapi seorang lagi aktres jelita, Rita Rudaini memuji tindakan bekas suami Erra tersebut.

Emran, Sabtu lalu telah memuat naik gambar serta keterangan gambar yang menggambarkan misinya itu dengan Aleesya memakai tshirt yang bertulis #prayformomandayah. Rata-rata pemerhati dunia hiburan khususnya peminat amatlah menyokong ketiga-tiga mereka ini disatukan semula.

Rita Rudaini yang juga pernah berada di dalam kancah pergolakan rumahtangga dilihat memuji tindakan Emran yang menganggap ianya tindakan mulia dan mendoakan kebahagiaan akan berpihak kepada bekas suami Erra Fazira tersebut.
Selain itu, Rita turut mengatakan bahawa Erra bertuah kerana Emran telah mencuba untuk memperbetulkan keadaan sehingga sanggup berbuat demikian (memakaikan Aleesya baju) atas tujuan memikat semula hati bekas isteri dengan memanggil Erra sebagai Syurga Aleesya.

Memang susah nak jumpa lelaki seperti Emran yang sanggup berkorban demi kebahagiaan serta masa depan anak tunggalnya yang dirasakan perlukan kasih sayang yang cukup daripada dua ibu dan bapanya.

Kepada Rita Rudaini pula portal ARTISMELETOP harapkan dia sentiasa mendapat berkat dalam membesarkan kedua-dua anaknya walaupun berhadapan pelbagai dugaan. Mungkin jodohnya bersama bekas suami, Aidil Zafuan telah ditakdirkan demikian, namun pasti akan ada cahaya kejayaan buat Rita dan anak-anak di masa depan. Amin. | GosipHotArtisMalaysia




Menjerit "AHHHHHH" jika anda ingin menjadi.. [  klik untuk  baca selanjutnya  ]


Rita Rudaini Puji Tindakan Engku Emran Pujuk Erra Fazira Rita Rudaini Puji Tindakan Engku Emran Pujuk Erra Fazira Reviewed by Tular Lagi on 1:02 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.