Like us for get Notifications

Tindakan Yang Diambil Terhadap Guru Yang Mencabul Pelajar Berusia 12 Tahun









BANDAR BERA - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memandang serius kes cabul membabitkan seorang guru lelaki berusia 49 tahun dengan tiga pelajar yang berusia 12 tahun di sebuah sekolah di tanah rancangan Felda, dekat sini.



5 Must-Try Unique Coffee Experiences In Asia [ klik untuk info selanjutnya ]

Pegawai PPD, Baharum Samat berkata, guru terbabit dikenakan tindakan pentadbiran dan mulai Selasa depan, dia akan bertugas di tempat lain bagi memastikan emosi pelajar tersebut terjamin.

Menurutnya, sejak kejadian itu, pihaknya mengarahkan guru itu bertugas di PPD sebagai langkah keselamatan selain menjaga emosi pelajar agar tidak takut ke sekolah dan kita serius dalam menangani perkara seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, bagi kes penjaga yang mendakwa cucunya dipaksa menggigit kasut oleh guru semasa sesi pembelajaran pula, beliau memberitahu perkara itu diselesaikan melalui permuafakatan semua pihak iaitu pihak sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa serta penjaga.

Bagaimanapun, katanya, hanya seorang penjaga yang tidak berpuas hati sehingga membuat laporan polis meminta perkara ini diselesaikan dengan cara lain.

“Sebenarnya kita sudah siasat perkara ini. Memang benar ada pelajar yang gigit kasut ada ketika itu tetapi bukan atas arahan guru.
“Namun, dalam rundingan permuafakatan itu, guru berkenaan sudah melakukan permohonan secara terbuka walaupun tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut,” kata beliau.

Baharum berkata, selepas ini, perkara itu akan terus diperbincangkan dan diselesaikan PIBG dan sekolah terbabit.
Tindakan Yang Diambil Terhadap Guru Yang Mencabul Pelajar Berusia 12 Tahun Tindakan Yang Diambil Terhadap Guru Yang Mencabul Pelajar Berusia 12 Tahun Reviewed by Tular Lagi on 7:22 PM Rating: 5

2 comments:

  1. apa tindakan yang di ambil terhadap ustazah yang mencabul pelajar 15 tahun di Jertih?

    ReplyDelete
  2. Apa tindakan yang di ambil terhadap ustazah yang mencabul pelajar perempuan 15 tahun di Jertih Terengganu?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.