Like us for get Notifications

Sertai Ajaran Sesat | Artis Popular Ditahan JAIS



gh

Dari laporan akhbar Metro, seorang pelakon yang juga penyanyi berusia dalam lingkungan 40an ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana disyaki menyertai dan menjadi pengikut ajaran sesat Millah Abraham. Turut ditahan bersama artis ini ialah isterinya.

Pasangan suami isteri ini ditahan di rumahnya setelah JAIS menerima laporan dibuat anak lelakinya sendiri yang tidak tahan dengan ajaran terpesong yang disertai artis ini.

Artis yang popular dengan aksi tiru gaya selebriti legenda ini dikatakan terpengaruh dengan seorang ahli keluarga yang menyebarkan ajaran tiu.

Ini laporan Metro:

“Dia ditahan selepas anaknya sendiri membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana tidak dapat lagi menerima perlakuan ayahnya yang terpesong daripada ajaran Islam.

“Ketika waran dibacakan kepadanya, lelaki itu mencabar penguat kuasa agama supaya berdebat mengenai Islam,” 


Penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di rumah artis itu turut menemui satu ‘kitab’ dari ajaran Millah Abraham.

Menurutnya, artis lelaki itu kini menunggu sebutan kes di mahkamah syariah dan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana kesalahan mengajar atau menjelaskan doktrin palsu.

Millah Abraham atau Milah Ibrahim merupakan ajaran yang difatwakan sesat. Di harap artis ini dapat bertaubat dan kembali ke ajaran Islam sebenar. - hotlips
Sertai Ajaran Sesat | Artis Popular Ditahan JAIS Sertai Ajaran Sesat | Artis Popular Ditahan JAIS Reviewed by Tular Lagi on 11:17 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.