Like us for get Notifications

Perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri DS Najib Tun Dr M sifatkan sebagai "perkahwinan abad ini".





Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulas mengenai majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang disifatkannya sebagai "perkahwinan abad ini".

Sebagai perbandingannya, beliau berkata siapa pun tidak tahu mengenai perkahwinan anak-anaknya.

"Siapa di sini ingat majlis perkahwinan anak-anak saya [...] siapa pun tak tahu.

"(Ini kerana) saya kedekut, tak panggil ramai orang, tak ada duit nak belanja," kata Mahathir kepada para hadirin di majlis anjuran gabungan NGO Prihatin.

Majlis akad nikah anak perempuan Najib - Nooryana Najwa - dengan Daniyar Kessikbayev dari Kazakhstan, berlangsung di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri itu, pada 19 Mac.

Sejak itu, pasangan tersebut telah mengadakan empat majlis resepsi perkahwinan mereka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra, kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang dan di Almaty Kazakhstan.

Majlis resepsi pengantin lelaki di Almaty dilaporkan diadakan dari 17 hingga 19 April.

"Tetapi bila mereka pergi ke Kazakhstan dengan 300 orang, (ia) tak dilaporkan oleh media arus perdana.

"Siapakah 300 orang ni?" tanya bekas perdana menteri itu di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan' di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata, seorang pemimpin memimpin, tetapi jika dia hanya mahu menggunakan kuasa yang dia ada untuk dirinya sendiri, maka dia bukan pemimpin. - mk
Perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri DS Najib Tun Dr M sifatkan sebagai "perkahwinan abad ini". Perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri DS Najib Tun Dr M sifatkan sebagai "perkahwinan abad ini". Reviewed by Tular Lagi on 3:56 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.