Like us for get Notifications

SUBHANALLAH, Warga Emas Maut Dalam Keadaan Bersujud..!!


Seorang warga emas yang juga seorang peneroka di Felda Chiku 1 ditemui meninggal dunia dalam keadaan seolah-olah sedang bersujud selepas terbabit dalam satu kemalangan dipercayai kejadian langgar lari di Kilometer 30 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, petang semalam.

Mangsa, Arifin Che Long, 74, dalam perjalanan pulang kerumah daripada kebunnya berseorang menunggang motosikal dan dipercayai dirempuh oleh sebuah kereta daripada arah belakang menyebabkan beliau tercampak ke dalam semak di tepi jalan bersama motosikalnya.

Selepas kemalangan mangsa dipercayai bangun merangkak ke bahu jalan sambil menahan sakit kerana kecederaan parah di kepala sebelum meninggal dunia dan ditemui orang ramai.

Menurut Anak mangsa, Farizi, 42,  bapanya keluar rumah sejak jam 10 pagi dengan menunggang motosikal untuk ke kebun sawitnya di Jalan Felda Perasu.

"Sudah jadi kebiasaan ayah pergi ke kebun  melihat pokok sawit yang diusahakannya kerana bimbang ia dimusnahkan babi hutan. Arwah dipercayai dirempuh kenderaan dalam perjalanan pulang dan kepalanya cedera parah.

"Memang kebiasaan arwah pulang ke rumah sebelum jam 1 petang setiap hari walau ke mana pun dia pergi, kerana dia mahu ke surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat Zohor berjemaah," katanya dipetik Sinar Harian.


Sebaik saja menerima berita, beliau bergegas ke tempat kejadian untuk melihat sendiri mayat mangsa yang dalam keadaan sujud kerana teringat untuk menunaikan solat zuhur sambil menahan kesakitan.


Menurut isteri arwaj, biasaya mangsa akan membawanya atau anak-anak sebagai peneman jika ke kebun sawit, namun pada hari kejadian dia pergi berseorangan. 


"Dia (mangsa) tidak pernah gagal solat berjemaah di surau pada setiap waktu dan mungkin keadaannya semasa meninggal merupakan petunjuk dari ALLAH SWT. Jika benar ia petunjuk dari-Nya, makcik rasa lega kerana arwah mendapat keberkatan Ilahi," katanya.


Al Fatihah.
SUBHANALLAH, Warga Emas Maut Dalam Keadaan Bersujud..!! SUBHANALLAH, Warga Emas Maut Dalam Keadaan Bersujud..!! Reviewed by Tular Lagi on 9:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.