Like us for get Notifications

Buaya serang 2 wanita ,seorang maut dibaham.



SYDNEY: Seorang wanita dikhuatiri mati selepas diserang seekor buaya ketika berenang pada lewat malam dengan rakannya di pantai dekat utara Australia, kata polis semalam.

Dua wanita berusia 40-an itu dikatakan berjalan-jalan di Pantai Thornton petang semalam di pedalaman utara Queensland sebelum membuat keputusan untuk berenang di kawasan yang diketahui penuh dengan buaya.

"Ketika kejadian, wanita itu berenang bersama seorang rakan perempuan pada jam 10.30 malam," kata polis dalam satu kenyataan.

Konstabel Kanan, Russell Parker, berkata wanita dipercayai pelancong dari Australia itu berada di dalam air apabila salah seorang daripada mereka disambar buaya dengan rakannya cuba sedaya upaya menarik mangsa.

"Rakannya cuba mengheret beliau ke pantai tetapi malangnya tidak mampu berbuat demikian dan wanita itu kemudiannya hilang," katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

Sebuah helikopter penyelamat lengkap dengan peralatan pengimejan haba dihantar namun gagal mengesan mangsa.

Parker berkata, wanita yang terselamat itu mengalami luka kecil dan masih ketakutan serta sangat terkejut. Buaya adalah biasa di utara tropika Australia dan membunuh purata dua orang setiap tahun.

Awal bulan ini, seorang nelayan yang terdesak melempar umpan sepana dan palam pencucuh untuk melawan sekumpulan buaya selepas rakannya lemas apabila haiwan itu menterbalikkan bot kecil mereka berhampiran Darwin. - AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Buaya serang 2 wanita ,seorang maut dibaham. Buaya serang 2 wanita ,seorang maut dibaham. Reviewed by Tular Lagi on 11:47 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.