Like us for get Notifications

Mahu Khatam Al-Quran Banyak Kali Petanda Prof Izzi Akan Pergi Selamanya - Al - Fatihah


Jitra: “Saya tidak menyangka tindakan pelik arwah (Prof Madya Md Izuddin Ali, 52), yang beria-ia mahu khatam al-Quran seberapa banyak yang mungkin dalam bulan Ramadan bagai tanda beliau akan pergi buat selama-lamanya.

“Sebagai isteri, bukan niat saya mahu menghalang kerana keadaannya kurang sihat akibat diserang angin ahmar, tetapi saya tidak berani menegur apabila melihat dia berterusan membaca al-Quran siang malam dan alhamdulillah, dia berjaya khatam buat kali pertama kurang tempoh seminggu sejak membacanya pada 1 Ramadan lalu.”

Begitu kata Roziah Shafie, 48, isteri kepada Prof Madya Md Izuddin Ali atau lebih popular dengan gelaran Prof Izzi yang menghembuskan nafas terakhir jam 1.15 tengah hari semalam di Pusat Perubatan Putra (PMC),di sini, selepas melakukan imbasan otak.

Roziah berkata, arwah mula mengalami sakit teruk jam 11 malam kelmarin ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, akibat diserang angin ahmar selepas selesai solat Asar di Masjid Al-A’ala, Tanah Merah, di sini, pada 11 Jun lalu.

Menurutnya, Allahyarham adalah seorang suami penyayang dan memahami dirinya, selain suka berlawak hingga membuatkan dia sentiasa berasa tenang berada di samping walaupun tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang 23 tahun usia perkahwinan mereka.

-HMO

Mahu Khatam Al-Quran Banyak Kali Petanda Prof Izzi Akan Pergi Selamanya - Al - Fatihah Mahu Khatam Al-Quran Banyak Kali Petanda Prof Izzi Akan Pergi Selamanya - Al - Fatihah Reviewed by Tular Lagi on 8:26 AM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.