Like us for get Notifications

Pelajar Tingkatan Tiga Ditampar Guru Kerana Cukur Kening ?



Kota Bharu: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga terlantar di hospital akibat masalah saraf selepas mendakwa ditampar guru wanita di sekolah menengah di Tanah Merah, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, itu, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, mendakwa ditampar di belakang kepalanya tiga kali selepas didakwa mencukur keningnya.

Akibat kejadian itu, anak sulung daripada empat beradik itu dibawa di Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini rawatan lanjut selepas mengalami masalah saraf.

Ibu pelajar terbabit, Zakirah Zahari, 35, berkata, dia difahamkan, anaknya ditampar di depan perhimpunan sekolah selepas menafikan mencukur keningnya.

“Saya hanya menyedari anak seperti menahan kesakitan ketika mengambilnya untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan sebelum dia menceritakan apa yang berlaku sambil menangis. - HMO
Pelajar Tingkatan Tiga Ditampar Guru Kerana Cukur Kening ? Pelajar Tingkatan Tiga Ditampar Guru Kerana Cukur Kening ? Reviewed by Tular Lagi on 12:20 PM Rating: 5

1 comment:

  1. ok la tu..kalo aku bapa ko comfirm makan terajang ko nakkk

    ReplyDelete

Powered by Blogger.