Like us for get Notifications

Jurukamera RTM Parah Mangsa Tembakan Rambang Di Lebuhraya Tun Lim Chong Eu


Seorang jurukamera sambilan RTM dilaporkan cedera parah di bahu kiri akibat ditembak individu tidak dikenali berdekatan Pusat Komersial E-Gate, di sini, petang tadi.

  Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang itu, mangsa Mohamad Amirul Amin Amir, 27, dipercayai sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya menuju ke Tapak Pesta Pulau Pinang.

  Bagaimanapun, kedua-duanya menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate kerana mahu melihat kemalangan, sebelum mangsa ditembak seorang individu tidak dikenali.

  Mohamad Amirul kini berada di Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.-Bernama
Jurukamera RTM Parah Mangsa Tembakan Rambang Di Lebuhraya Tun Lim Chong Eu Jurukamera RTM Parah Mangsa Tembakan Rambang Di Lebuhraya Tun Lim Chong Eu Reviewed by Tular Lagi on 9:48 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.