Like us for get Notifications

'Kalau Isteri Awak Dah Awak Rosakkan, Pandai-Pandailah Jaga, Bukan Pakai Buang'

Berapa ramai golongan suami yang benar-benar membantu isteri ketika berpantang berbanding berlaku curang di belakang isterinya? Bila isteri dah gemuk, badan tak terurus, nampak selekeh, suami pasti akan menyalahkan isterinya. Sedangkan suami juga berperanan membantu isteri kembali sedia kala seperti dulu. 

Kalaulah si isteri tahu beginilah perangai suaminya selepas dia bersalin, pasti terbit rasa penyesalan di hati. 

Baca perkongsian dari Siti Aishah ini, khas buat golongan lelaki bergelar suami di luar sana agar lebih membantu meringankan beban isteri ketika berpantang dan sekaligus menghargai wanita yang dipilihnya untuk hidup bersama selamanya itu.

Gambar hiasan -  Foto Kakak Adek
Oleh Siti Aishah

Selepas bersalin, adalah di mana si suami akan nampak sifat dan sikap sebenar siapa isterinya. Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana keadaan isteri selepas bersalin adalah gambaran bagaimana suami itu menjaga isteri dalam pantang. 

Jangan pandai merungut isteri tak cergas, lembik, pemalas, gemuk, tak pandai jaga anu bagai selepas bersalin. Cuba tanya pada diri, anda beri isteri rehat yang secukupnya semasa dia berpantang? Anda beri peruntukan untuk isteri membeli ubat dan menempah tukang urut tak? Anda ringankan beban kerja rumah isteri tak, semasa dia berpantang? 
Masalahnya di zaman sekarang, ramai kaum lelaki yang sudah bergelar suami menyelar amalan berpantang selepas bersalin, kononnya kolot, syirik dan outdated. 

Bila isteri dah dapat penyakit akibat tidak berpantang dengan elok, disebabkan nak taat dengan perintah anda agar tidak berpantang, mengapa hanya pandai merungut? 

Kemudian tempat lampisan luahan hati 'suami yang teraniaya' ini pula dituukan pada kaum perempuan yang teman tapi mesra. Dan perempuan itu pula yang tidak pernah bersuami dan beranak, heboh mencanangkan mengapa si lelaki ini bermain kayu tiga. Alasan, isteri tak pandai menjaga suami. 

Wahai suami-suami sekalian, kalau isteri awak dah awak rosakkan, pandai-pandailah jaga. Bukan pakai buang. Kalau awak jaga isteri awak elok-elok mengikut cara orang Melayu berpantang, isteri awak boleh jadi lebih elok dari anak dara di luar sana tau. 

Jangan ingat awak kahwin anak dara, dia lagi elok. Anak dara sekarang pun dah melambak ada masalah keputihan, masalah hormon, kentut faraj bagai okay. 



Wahai adik-adik, selagi kamu tidak pernah hamil dan bersalin, jangan suka-suka mencerca orang. Awak tidak tahu bagaimana isteri teman tapi mesra awak itu berkorban nyawa dan tubuh badan untuk melangsaikan amanah sebagai seorang isteri dan ibu. Silap-silap awak kahwin dengan lelaki jenis seperti itu. Awak pun akan terpakai buang juga akhirnya. - Siti Aishah.  - Thereporter
'Kalau Isteri Awak Dah Awak Rosakkan, Pandai-Pandailah Jaga, Bukan Pakai Buang' 'Kalau Isteri Awak Dah Awak Rosakkan, Pandai-Pandailah Jaga, Bukan Pakai Buang' Reviewed by Tular Lagi on 8:14 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.