Like us for get Notifications

Masih Ingat Anggota JPJ Maut Digilis Treler, Isteri Dedah Suami Tidak Sempat Tahu ..



Melaka: Anggota Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mohd Ridzuan Md Yusop, 34, yang maut digilis treler bulan lalu, tidak sempat mengetahui isterinya hamil anak kembar mereka.
Isterinya Siti Anida Lihat, 35, berkata dia juga baru saja mengetahui dirinya hamil anak kembar selepas membuat pemeriksaan baru-baru ini.
Menurutnya, suaminya terlalu menginginkan anak lelaki memandangkan mereka sudah ada seorang anak perempuan, Nur Dhamirah Izzati, empat tahun.
"Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan suami lebih-lebih lagi ketika hamil, namun saya perlu terus kuatkan semangat demi meneruskan hidup," katanya di rumahnya di Cheng di sini, hari ini.
Siti Anida ditemui selepas penyampaian cek faedah pengurusan mayat (FPM) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang disampaikan Pengarah Perkeso Melaka Fadhilah Hamil.
Pada 23 November lalu, Mohd Ridzuan maut digilis treler berhampiran Plaza Tol Setia Alam menghala Setia Alam di Selangor.
Siti Anida, seorang suri rumah cuba menangkis perasaan sedih dengan beranggapan arwah suaminya pergi bekerja kerana sebelum ini, mereka hanya berjumpa pada hujung minggu berikutan lokasi kerja arwah suaminya di di Selangor.
"Setiap malam air mata saya mengalir mengenangkan saya tidak lagi dapat mendengar suara apatah lagi menatap wajahnya. Namun saya percaya kepada yang sudah ditetapkan untuk saya," katanya sebak.
Sementara itu, Fadhilah berkata waris Allahyarham layak mendapat FPM bernilai RM1,500 selain pencen bulanan turut diberikan kepada isterinya sehingga akhir hayat, manakala, anak-anaknya pula sehingga berumur 21 tahun atau jika menyambung pengajian mereka hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
"Arwah adalah kakitangan kerajaan yang dikecualikan mencarum dalam skim PERKESO namun kami melakukan inisiatif membuat semakan mendapati arwah pernah berkhidmat dengan dua syarikat swasta sebelum ini, sekali gus melayakkannya memenuhi syarat kelayakan minimum pencen penakat," katanya.
Masih Ingat Anggota JPJ Maut Digilis Treler, Isteri Dedah Suami Tidak Sempat Tahu .. Masih Ingat Anggota JPJ Maut Digilis Treler, Isteri Dedah Suami Tidak Sempat Tahu .. Reviewed by Tular Lagi on 9:36 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.