Like us for get Notifications

Umie Aida Dimasukkan Ke Hospital Kerana Mengalami..



Erra Fazira muat naik gambar pelakon Umie Aida yang kini dimasukkan ke hospital

Erra Fazira muat naik gambar pelakon Umie Aida yang kini dimasukkan ke hospital | Dramatis terkenal, Datin Paduka Umie Aida dimasukkan ke hospital sejak petang kelmarin akibat keracunan makanan. Menurut Umie, 43, beliau mula mengalami keracunan makanan tersebut sejak dua hari lalu sebelum meminta anaknya menghantar ke Hospital Pakar Damansara bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Ya benar, saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami keracunan makanan sejak dua hari lepas. “Alhamdulillah, kesihatan saya semakin beransur pulih sekarang. Jika tiada sebarang masalah, saya dijangka akan keluar wad pada hari esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Pelakon drama rantaian Mak Cun itu turut mengakui dirinya tidak cukup rehat kerana terlalu sibuk menyiapkan beberapa kerja pada waktu ini.
“Selain keracunan makanan, badan saya tidak sihat juga mungkin disebabkan oleh kurang rehat. Apabila ditahan wad, secara tidak langsung membolehkan saya berehat lama sedikit,” katanya. Terdahulu, pelakon Erra Fazira telah memuat naik sekeping gambar dia melawat teman baiknya itu di hospital dan berharap agar Umie segera sembuh. – K! ONLINE - lulupages
Umie Aida Dimasukkan Ke Hospital Kerana Mengalami.. Umie Aida Dimasukkan Ke Hospital Kerana Mengalami.. Reviewed by Tular Lagi on 9:07 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.