Like us for get Notifications

GEORGE TOWN : Tempurung kepala retak, sebahagian otak rosak selepas terjatuh dari inflatable bouncer


GEORGE TOWN - Seorang kanak-akan berusia lima tahun kini koma selepas terjatuh dari ketinggian hampir mencecah 10 meter ketika bermain inflatable bouncer, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian di kediaman mereka di Persiaran Sungai Gelugor, Ahad lalu, Syarul Ariel Fifqi Mohd Azriq, 5, terjatuh ketika bermain inflatable bouncer yang disewa khas daripada sebuah syarikat katering. 

Ibu mangsa, Norsyaliza Yahaya, 32, berkata, dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan berkenaan untuk kanak-kanak yang dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering pada jam 3 petang. Kemudian Syarul Azriel bersama sepupu yang lain bermain peralatan gelongsor berkenaan. 

"Bagaimanapun setengah jam selepas itu, anak saya terjatuh kerana alat permainan itu terbalik dan kepalanya terhentak di atas tar dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri. 

"Dalam keadaan kelam kabut itu, saya terus membawa anak ke hospital dan dia menjalani ujian MRI sebelum doktor mengesahkan ada keretakan serta pendarahan di kepalanya," katanya. 

Mangsa kini masih dalam keadaan koman di Unit Rawatan Rapi Hospital Lam Wah Ee.

Menurut Norsyaliza, berikutan kejadian itu, Syarul Azriel menjalani dua pembedahan di otak kiri dan kanan pada hari yang sama dan kini masih belum sedarkan diri. 

"Doktor memberitahu tempurung kepala anak saya pecah serta sebahagian daripada otaknya rosak dan saya tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada anak saya selepas ini," katanya. 

Norsyaliza kesal dengan syarikat katering berkenaan yang dilihat cuba mengambil sikap lepas tangan kerana pekerja yang memasang peralatan berkenaan tidak melakukannya dengan betul. 

"Saya difahamkan, sepatutnya pekerja yang memasang peralatan terbabit mengikat tali untuk mengelak daripada terbalik. Namun mereka tidak melakukannya. 

GEORGE TOWN : Tempurung kepala retak, sebahagian otak rosak selepas terjatuh dari inflatable bouncer GEORGE TOWN : Tempurung kepala retak, sebahagian otak rosak selepas terjatuh dari inflatable bouncer Reviewed by Tular Lagi on 6:07 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.