Like us for get Notifications

AL FATIHAH - 7 maut, 5 daripadanya rentung Jalan Ladang Risda Palong, Jempol,



TUJUH maut termasuk lima rentung manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Ladang Risda Palong, Jempol, petang ini.
Kemalangan pada 2.20 petang itu membabitkan treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora, kereta Perodua Myvi dan Toyota Vios.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata, sebanyak tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Bahau serta Simpang Pertang dikejarkan ke lokasi.
"Setakat ini, tujuh disahkan maut. Dua mangsa dari kereta Perodua Myvi tercampak dan meninggal dunia di lokasi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol.
"Lima lagi mangsa yang menaiki Proton Exora tersepit dihempap treler yang terbabas ke bahu jalan sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, bomba mengalami kesukaran untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Beliau berkata, ketika ini tiga mangsa sudah berjaya dikeluarkan manakala operasi untuk mengeluarkan dua lagi mangsa masih diteruskan.
Katanya, identiti semua mangsa belum dikenalpasti.









AL FATIHAH - 7 maut, 5 daripadanya rentung Jalan Ladang Risda Palong, Jempol, AL FATIHAH - 7 maut, 5 daripadanya rentung Jalan Ladang Risda Palong, Jempol, Reviewed by Tular Lagi on 8:09 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.