Inilah Cara Jimatkan Data Intenet Ketika Anda Mengunakan WhatsApp

Ramai sudah sedia maklum bahawa media sosial merupakan medium komunikasi yang amat penting. Ianya dibina untuk bertujuan memudahkan para pengguna berkongsi pelbagai maklumat dan info. Malah membantu para peniaga memasarkan produk mereka dengan lebih efektif dan memperluaskan pasaran.








Ubah tetapan whatsapp.
Bagi yang ingin mengoptimumkan penggunaan data dan sekaligus mengurangkan kos, berikut ialah cara mudah yang boleh diikuti :


1. Pergi ke bahagian "settings".





2. Klik pada "Data usage".

Menu media auto download.
3. Klik pada "when using mobile data", untick semua kotak yang bertanda dan klik ok. Harus diingat bahawa jika kotak media ditanda maka semua gambar, suara, video dan dokumen akan secara automatik dimuat turun tanpa tanpa perlu menunggu pengesahan dari pengguna. Ini akan memakan banyak kuota internet tanpa disedari.





4. Seterusnya perhatikan pada menu kedua iaitu "when connected on wifi", bezanya denganmobile data ialah bila peranti yang digunakan disambungkan dengan servis wifi maka semua media akan secara automatik dimuat turun. Jika tidak ditanda maka proses download akan menunggu pengesahan pengguna sebelum ianya dilakukan.





5. Tetapan "when roaming". Berfungsi sama seperti dua menu diatas, jika ditanda maka semua media akan dimuat turun tanpa perlu menunggu pengesahan pengguna apabila telefon pintar atau tablet pengguna bersambung dengan servis "roaming".





6. Terakhir sekali untuk tetapan pada bahagian "call settings", klik pada kotak "low data usage". Ini bagi menjimatkan data internet ketika membuat panggilan.





Sekian sahaja tutorial yang sempat dikongsikan dan terima kasih kerana sudi membaca, diharapkan bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat menjimatkan penggunaan kouta internet anda.


kredit : http://babab.net/out/jimatkan-data-internet-bila-guna-whatsapp.html
Inilah Cara Jimatkan Data Intenet Ketika Anda Mengunakan WhatsApp Inilah Cara Jimatkan Data Intenet  Ketika  Anda Mengunakan WhatsApp Reviewed by Mad Pikghie on 9:37 PM Rating: 5
Comments
0 Comments

No comments:

Powered by Blogger.