Allahu... 5 Tahun Wanita Ini Sukar Hamil, Rupanya Ada 'Benda' Ia Seakan Uri Tetapi Bukan | PERUBATAN ISLAM
Sesetengah pasangan hanya mampu berserah sahaja jika
mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Jika ada, adalah. Jika
sebaliknya, redha dan menunggu sahaja. Namun tidak bagi pasangan yang
sudah berkahwin selama lima tahun ini, yang enggan duduk diam dan
mencari jalan untuk mendapat zuriat.
Difahamkan, wanita ini juga seringkali mengadu
kesakitan di bahagian rahimnya. Apabila dirujuk ke hospital, doktor
tidak mengesan sebarang penyakit pada wanita berkenaan. Namun, beliau
asyik mengadu bahagian rahimnya sakit.
Enggan bergantung pada satu pendapat, pasangan ini kemudian pergi mendapatkan khidmat rawatan dengan Zaihan Johari, pengamal perubatan Islam, bagi mencuba rawatan ruqyah.
Dengan izin Allah, Zaihan berjaya merawat wanita itu
dan apa yang mengejutkan ialah, satu 'bendasing' sebesar tapak tangan
orang dewasa keluar dari rahimnya, berbau busuk. Menurut Zaihan, ia
berasal dari gangguan jin.
"Ketulan kotor ini keluar dari rahim seorang wanita
setelah saya rawati dan ruqyah. Dengan izin Allah, 'benda' ini berjaya
dikeluarkan dan pesakit terus lega dari kesakitan di rahimnya. Pihak
hospital juga terus membatalkan proses pembedahan bagi membuang
rahimnya.
"Ia seakan uri tetapi bukan. Ia sebesar tapak tangan
dan baunya sangat busuk. Ia berasal dari gangguan jin. Semua ketentuan
ini dengan izin Allah. Moga beliau dikurniakan zuriatnya. InshaAllah,"
katanya.
Perkongsian Zaihan itu mendapat 9,021 perkongsian di Facebook.
Bagi pasangan yang tidak berputus asa dan cuba mencari
jalan untuk mendapatkan zuriat, mungkin boleh mencuba kaedah rawatan
secara Islam dan juga ruqyah. Semoga usaha anda bagi mendapatkan zuriat
mendapat keberkatan dari Nya. - The Reporter
Allahu... 5 Tahun Wanita Ini Sukar Hamil, Rupanya Ada 'Benda' Ia Seakan Uri Tetapi Bukan | PERUBATAN ISLAM
Reviewed by Tular Lagi
on
3:45 PM
Rating:
No comments: