Like us for get Notifications

Proton Saga Bertembung Axia Tiga Meninggal Dunia - AL FATIHAH


Proton Saga Bertembung Axia Tiga Meninggal Dunia - AL FATIHAH
Alor Gajah: Dua pelajar sekolah menengah antara tiga yang maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Padang Sebang, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian  6.30 petang itu, Nur Syarifah Azura Ramzi, 16; Muhammad Haziq Norhesyam, 15; dan Herman Md Johan, 23, maut selepas kereta Proton Saga dinaiki bersama Muhammad Daniel Jamaluddin, 15, dari arah Tampin, Negeri Sembilan ke Alor Gajah, bertembung dengan Perodua Axia dari arah bertentangan.
Difahamkan Nur Syarifah Azura dan Herman meninggal dunia di tempat kejadian, dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah, manakala Muhammad Haziq meninggal dunia di Hospital Tampin.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Pemangku Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, seorang lagi penumpang tempat duduk belakang Proton Saga iaitu Muhammad Daniel masih dirawat di Hospital Tampin.
Katanya, pemandu kereta Perodua Axia Tan Chee Song, 29; Zainaf Hussin, 35, (Proton Exora); cedera dan dirawat di Hospital Tampin manakala pemandu Proton Wira Norsuhaila Sulaiman, 26, tidak cedera.
"Difahamkan kereta Proton Saga dari arah Tampin hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan kerana keadaan jalan licin akibat hujan lebat, bertembung dengan kereta Perodua Axia dipandu Chee Song.
"Akibat pertembungan itu, Proton Exora dan Wira di belakang kereta Perodua Axia tidak sempat mengelak lalu terbabit sama dalam kemalangan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

HMO
Proton Saga Bertembung Axia Tiga Meninggal Dunia - AL FATIHAH Proton Saga Bertembung Axia Tiga Meninggal Dunia - AL FATIHAH Reviewed by Tular Lagi on 8:33 AM Rating: 5

2 comments:

  1. saga kerap skidding... tayar belakang akan hilang cengkaman masa selekoh dijln yg basah.

    aku dah kena sekali berpusing 3 kali. anak aku kena juga dgn kereta yg sama. bumper depan dan belakang rosak kena dinding jalan.

    tukar tayar belakang sbb bengkak. rim besi belakang sebelah gelong...

    ReplyDelete
  2. kereta tkdak traction control memanglah oversteer...kalau dah rembat masa korner jln pulak licin basah memanglah terbabas,bukan nk kata saga je lori taik pun boleh terbabas.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.