Like us for get Notifications

Penjaga kubur jumpa mayat bertatu labah-labah !

gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Mayat lelaki bertatu labah-labah dengan kesan kelar di leher ditemui dalam sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Kerayong, Sungai Besi, di sini hari ini.
Undilah artis MeleTOP anda SEKARANG!

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata, mayat lelaki yang berpakaian lengkap dan berumur lingkungan 20-an itu dijumpai seorang penjaga kubur kira-kira pukul 11 pagi.
"Mayat ditemui dalam keadaan terlentang dengan kedua-dua tangannya terikat menggunakan pita pelekat. 

"Hasil siasatan mendapati ada kesan kelar di leher mangsa selain tatu labah-labah di bahu kirinya. Mangsa dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08," katanya, hari ini.


Muhammad Azlee berkata, polis percaya motif pembunuhan kerana dendam atau mempunyai kaitan dengan sindiket dadah.


Tiada dokumen pengenalan diri mahupun senjata ditemui di lokasi kejadian.

Mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, kata Muhammad Azlee. - Bernama
Penjaga kubur jumpa mayat bertatu labah-labah ! Penjaga kubur jumpa mayat bertatu labah-labah ! Reviewed by Tular Lagi on 6:06 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.