Like us for get Notifications

TAHUKAH ANDA | Lelaki paling ramai terbeban hutang ?






SHAH ALAM – Wanita sering dianggap lebih boros dan tidak berfikir panjang untuk berbelanja berbanding lelaki terutama untuk membeli kosmetik, pakaian, kasut, aksesori dan sebagainya, yang tidak termasuk dalam kategori keperluan.

Undilah artis MeleTOP anda SEKARANG!

Malah bagi memenuhi kehendak terhadap perkara-perkara itu, ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk kelihatan cantik dan bergaya.

Persoalannya, benarkah wanita lebih suka berbelanja berbanding lelaki ataupun dalam kata lain, lebih boros?

Mengikut laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), berdasarkan kes yang diterima, ramai lelaki berusia 40 tahun ke atas yang datang ke pusat khidmat pelanggan AKPK untuk mendapatkan kaunseling mengurus wang termasuk nasihat untuk menyelesaikan hutang.

Lazimnya, lelaki pada peringkat usia ini dianggap mempunyai kehidupan yang lebih stabil serta kewangan yang kukuh.

Namun statistik AKPK sebaliknya menunjukkan sepanjang 2013, lelaki berusia lebih 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 42.4 peratus atau 39,220 orang mendapatkan khidmat agensi itu untuk membantu mereka menguruskan hutang masing-masing.

Ini diikuti golongan berusia 30 hingga 40 tahun berjumlah 36,916 (39.9) peratus dan 16,336 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (17.7 peratus).
Inilah sebab mengapa anda harus pam di Petronas mulai sekarang !

Sepanjang 2013 juga, seramai 60,359 atau 65.3 peratus daripada sejumlah 92,472 pelanggan Program Pengurusan Kredit di agensi itu adalah lelaki berbanding wanita sebanyak 29,725 atau 32.1 peratus.

Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat AKPK iaitu 68,550 orang (74.1 peratus), diikuti bujang seramai 14,069 orang (15.2 peratus) dan bercerai seramai 4,144 orang (4.5 peratus) sementara kematian pasangan seramai 1,727 orang (1.9 peratus).

Dari segi purata gaji, individu berpendapatan kurang RM24,000 setahun adalah yang paling tinggi berdepan masalah hutang iaitu seramai 48,647 (52.6 peratus).

Ini diikuti 17,389 mereka yang berpendapatan antara RM24,000 hingga RM36,000.

Sementara mereka berpendapatan lebih RM40,000 mencatat jumlah lebih tinggi iaitu 14,428 berbanding mereka yang berpendapatan RM30,000 hingga RM40,000, 12,008 (13.0 peratus).

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat AKPK, Mohamad Khalil Jamaldin, antara faktor utama masalah kewangan dihadapi mereka kerana perancangan kewangan lemah iaitu 22.8 peratus, kos perubatan tinggi (18.1), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1).

Justeru, rakyat di negara ini disaran mengkaji semula corak perbelanjaan, selain berjimat-cermat bagi mengelak pembaziran, mewujudkan dana kecemasan dan mengelak membuat pinjaman baru.

"Sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah, menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan antara cara berkesan yang boleh membantu orang ramai bersiap sedia menghadapi masalah peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Menurutnya, cara paling mudah, mengadakan bajet dengan menyenaraikan pendapatan dan menolak setiap perbelanjaan tidak perlu.

Katanya, orang ramai lazimnya sedar akan masalah dihadapi akibat situasi itu, namun jika mereka tidak melakukan apa-apa tindakan, boleh menjejaskan kehidupan.

Dalam usaha meningkatkan pengetahuan terhadap pengurusan kewangan, AKPK menyediakan beberapa program bagi menggalakkan golongan muda terhadap budaya terbabit.

Antaranya, agensi itu menggiatkan usaha kempen dan kaunseling untuk orang ramai mengurangkan perbelanjaan dan ubah cara hidup selain meningkatkan pendapatan sama ada membuat kerja lebih masa atau sebagainya bagi menampung kehidupan.

Beliau turut menyarankan orang ramai memanfaatkan perkhidmatan percuma ditawarkan AKPK seperti Pendidikan Kewangan, Kaunseling dan Nasihat tentang Pengurusan Kewangan dan Program Pengurusan Kredit.

Pihaknya akan bantu sediakan pelan pembayaran balik bagi setiap hutang dihadapi termasuk berunding dengan pihak bank untuk tempoh bayaran tertentu iaitu memanjangkan tempoh bayaran balik.

Katanya, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan AKPK melalui talian bebas tol 1800-88-2575 atau mengunjungi cawangan terdekat di seluruh negara.
TAHUKAH ANDA | Lelaki paling ramai terbeban hutang ? TAHUKAH ANDA | Lelaki paling ramai terbeban hutang ? Reviewed by Mad Pikghie on 5:56 PM Rating: 5
Powered by Blogger.