Like us for get Notifications

Ratu Cantik Malaysia yang menyerlah di Ratu Cantik Dunia


Pertandingan Ratu Cantik Dunia 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya dan peserta dari Malaysia Dewi Liana Seriestha merupakan antara yang tersenarai untuk 25 yang teratas.

Selain itu juga, Dewi juga melakar sejarah baru dalam pertandingan ini menjadi wakil Malaysia yang pertama memenangi Pertandingan Bakat menerusi nyanyi opera klasiknya.

Tidak semua peserta Malaysia yang menyertai bertandingan ini mampu disenaraikan diantara yang teratas kerana perlu bersaing dengan jelitawan dari seluruh dunia.

Jom kita imbas kembali lima Ratu Cantik Malaysia yang paling menyerlah dan pernah disenaraikan antara yang terbaik .

Rahima Orchient Yayah (1994)


Rahima Orchient Yayah merupakan Ratu Cantik Malaysia 1994 dan juga merupakan wanita yang beragama Islam terakhir yang menjuarai pertandingan tersebut sebelum fatwa mengenai wanita Islam dilarang menyertai pertandingan ratu cantik berkuatkuasa pada 1997.

Rahimah merupakan yang ketiga mewakili Malaysia yang berjaya ke peringkat separuh akhir dan tersenarai sebagai 10 peserta terakhir di antara 87 jelitawan yang bertanding.


Kali terakhir Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir sebelum Rahima ialah pada tahun 1979. Pada tahun tersebut, aktres jelita dari India Aishwarya Rai berjaya merangkul takhta Ratu Cantik Dunia 1994.

Arianna Teoh Lai Poh (1997)


Arianna Teoh Lai Poh tidak perlu diperkenalkan lagi. Wanita ini di antara yang tercantik dan tersenarai dalam 10 yang teratas sebagai wanita cantik dunia. Bekas isteri kepada bekas pelumba Formula Satu Malaysia, Alex Young ini menyertai pertandingan Ratu Cantik Dunia pada tahun 1997.


Arianna yang berasal dari Pulau Pinang menyertai pertandingan tersebut ketika berusia 24 tahun. 

Pada tahun tersebut, sekali lagi peserta dari India, Diana Hayden telah merangkul takhta Ratu Cantik Dunia 2014.

Lina Teoh (1998)


Lina Teoh Pik Lim di antara wanita ketiga tercantik dunia pada tahun 1998. Tidak ada siapa yang menyangka Lena mampu memenangi pertandingan tersebut. Pada pertandingan tersebut, juri menyatakan rupanya kelihatan cantik di hadapan kamera.


Lina menyertai pertandingan tersebut ketika berusia 21 tahun hanya mampu meraih tempat ketiga dan tewas kepada peserta dari Israel Lino Arbagil yang berjaya merangkul gelaran Ratu Cantik Dunia 1998 dan juga kepada tempat kedua Veronique Caloc dari Perancis.

Kini Lina Teoh merupakan seorang pelakon, pengacara dan pengarah filem yang berjaya di Malaysia. Lina bukan sahaja cantik malah berbakat. 

Deborah Henry (2007)


Deborah Priya Henry merupakan di antara peserta yang ke 16 teratas yang bertanding. Deborah menyertai pertandingan tersebut ketika berusia 22 tahun. Model kacukan India dan Irish ini memulakan karier sebagai model ketika berusia 15 tahun dan pernah menjadi model di kota London. 

Pada pertandingan Ratu Cantik Dunia 2007, Deborah tersenarai diantara 16 yang teratas sebagai Ratu Sukan dan 21 yang teratas sebagai Ratu Pantai.


Pada pertandingan tersebut Deborah tewas di tangan peserta dari China, Zhang Zilin yang berjaya merangkul gelaran Ratu Cantik Dunia 2007. Kini, Deborah Henry berjaya sebagai model dan juga pernah mengacarakan program bual bicara "Bella" di NTV7.

So Wincci (2008)


Soo Wincci di antara Ratu Cantik Malaysia yang mencipta nama di peringkat Asia. Soo Wincci menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia ketika berusia 23 tahun. Walaupun tidak tersenarai di antara yang teratas di antara semua peserta yang bertanding, tetapi So Wincci tersenarai di antara 19 yang teratas untuk Ratu Bakat dan 32 teratas untuk Top Model. 


Pada pertandingan tersebut, So Wincci tewas di tangan peserta Rusia, Ksenia Sukhinova yang merangkul gelaran Ratu Cantik Dunia 2008. Kini So Wincci menempa nama di Taiwan sebagai penyanyi. Selain memiliki rupa paras yang cantik dan boleh menyanyi, So Wincci mempunyai bakat dalam masakan serta menyertai pertandingan program "MasterChef Selebriti".
Ratu Cantik Malaysia yang menyerlah di Ratu Cantik Dunia Ratu Cantik Malaysia yang menyerlah di Ratu Cantik Dunia Reviewed by Tular Lagi on 9:57 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Memang cantik2 belaka. pening kepala lelaki2 miang nak pilih..huhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.