Like us for get Notifications

Cemburu Buta!!! lelaki ini kelar payudara isteri sebelum potong zakarnya.

Duncan Moseti, 24, menyerang isterinya Margaret ketika wanita itu sedang tidur pada pukul 3 pagi. Dia juga mengancam untuk membunuh bayi mereka.
Selepas mengerat buah zakarnya sulitnya, Duncan telah mencampakkan organ lelakinya itu keluar tingkap.
Menurut Margaret, 20, dia tersedar dari tidur selepas mendapati dadanya sakit seperti ditoreh dengan pisau.
“Saya menjerit dan menolaknya ke tepi. Dia mengancam mahu bunuh bayi saya,’’ katanya yang kemudian melarikan diri untuk meminta bantuan daripada jiran.


Sekembalinya Margaret ke rumah itu, dia dan jirannya mendapati Duncan terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Dakwaan mengenai hubungan sulit itu bermula selepas Duncan membawa isterinya berpindah ke rumah abang Duncan iaitu George, seminggu yang lalu. Margaret memaklumkan Duncan pernah memberitahunya bahawa dia mendapat khabar bahawa Margaret curang dengannya.

“Dia suruh saya meninggalkannya dan mengahwini abangnya itu kerana dia lebih stabil dari aspek kewangan,’’ kata Margaret sambil menambah bahawa Duncan pernah memberitahu bahawa dia akan melakukan sesuatu yang akan menyebabkan mereka menyesal.

George bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan dia hanya membantu adiknya dengan membenarkan dia sekeluarganya menetap di rumahnya.

Dalam pada itu doktor memaklumkan, Margaret kini stabil manakala Duncan pula baru menjalani pembedahan bagi membina semula salur kencingnya.
Bagaimanapun alat sulitnya gagal disambung semula kerana dia mengambil masa yang lama untuk tiba di hospital.
Cemburu Buta!!! lelaki ini kelar payudara isteri sebelum potong zakarnya. Cemburu Buta!!! lelaki ini kelar payudara isteri sebelum potong zakarnya. Reviewed by Tular Lagi on 12:59 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.