APEK | Khairul Fahmi Che Mat tidak mahu digelar penderhaka ?
Kota Bharu: Tindakan Khairul Fahmi Che Mat membuat keputusan menyambung kontrak selama lima tahun bersama Kelantan mulai musim ini kerana tidak mahu digelar penderhaka.
Katanya, keputusan untuk terus kekal bersama TRW dalam masa lima tahun lagi adalah keputusan yang tepat selepas melihat pasukan itu kini menjadi pasukan gergasi bola sepak di negara ini.
Balas pengorbanan
"TRW adalah tempat bermulanya kerjaya saya sebagai pemain bola sepak profesional. Pasukan ini juga sudah banyak berkorban untuk saya.
"Sudah tiba masa untuk saya membalas pengorbanan yang dilakukan pasukan. Bagi saya, keputusan untuk kekal adalah satu keputusan tepat dan saya gembira bersama Kelantan.
"Memang tidak dinafikan saya ada mendapat tawaran daripada pasukan lain sebelum ini, namun saya masih ada kontrak bersama Kelantan dan saya menghormatinya. Saya juga tidak mahu digelar penderhaka," katanya semalam.
Selain Apek, seorang lagi tonggak utama TRW, Nik Shahrul Azim Ab Halim, turut mengikat kontrak lima tahun bersama pasukan itu.
APEK | Khairul Fahmi Che Mat tidak mahu digelar penderhaka ?
Reviewed by Tular Lagi
on
2:03 PM
Rating:
No comments: