Like us for get Notifications

Berpantang maut sebelum ajal


Foto



KUCHING Kuching: Seorang peniaga ikan berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kenderaannya yang dihempap kepala treler yang hilang kawalan dalam kejadian di Jalan Keruing, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan 11.30 pagi membabitkan tiga kenderaan, Proton Saga, Perodua Viva dan treler itu menyebabkan jalan ke Bako terpaksa ditutup kerana kontena kosong yang dibawa treler terbabit jatuh menghalang jalan.
Difahamkan, dalam kejadian itu, treler yang dipandu Charlwck Anuar, 32, hilang kawalan selepas bergesel dengan sebuah lori ketika membelok di lampu isyarat dan melanggar tiang lampu di pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Treler terbabit yang terbabas ke laluan bertentangan menghempap sisi kanan dan depan Proton Saga yang dipandu Yusof Zaini, 64, serta satu Perodua Viva milik Abdul Rahman Semaon, 41.
Kejadian itu menyebabkan Yusof terperangkap dalam kereta dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian. Mo
Berpantang maut sebelum ajal Berpantang maut sebelum ajal Reviewed by Tular Lagi on 8:20 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.