Like us for get Notifications

Filem tempatan terlaris 2013!



17 Jan - Kutipan pecah panggung filem-filem tempatan semakin merudum. Sekalipun tahun 2011 menampakkan jualan tiket yang rancak dengan filem paling laris "KL Gangster" mengaut RM11.74 juta, 2012 mula menunjukkan para penonton mula bosan, apabila filem terlaris, "Adnan Sempit 2" hanya berjaya mengutip RM6.82 juta.

Kini jumlah tersebut turun lagi. Malah, daripada 73 buah filem yang ditayangkan pada tahun 2012, hanya 71 buah filem ditayangkan pada tahun 2013, enam daripadanya filem-filem Tamil, lima filem Mandarin, dan sebuah filem Kantonis-Inggeris.

Tahun ini juga menyaksikan semakin banyak sekuel, trikuel, komedi, dan filem seram yang mengungguli carta, manakala filem-filem lain gagal untuk menarik perhatian penonton. Filem-filem berbajet besar seperti "Vikingdom", "Tanda Putera" dan animasi "RoboKicks Bola Kampung the Movie" malah tidak menerima sambutan yang diinginkan.

Adakah ini tanda para penonton semakin kecewa dan sinikal dengan hasil produk tempatan? Atau adakah ini tanda industri perfileman tempatan semakin kehabisan idea dan masih tidak memahami selera penonton?

Kami senaraikan filem-filem paling laris tahun 2013:

Husin, Mon & Jin Pakai Toncit
Filem ketiga seram-komedi Trilogi Kampung Pisang Mamat Khalid ini berjaya mengaut RM5.89 juta di pawagam. Selain membariskan pelakon asal termasuk Awie, Usop Wilcha, dan Allahyarham Zami Ismail, penyanyi Ezlynn yang melakonkan watak Mon dari filem pertama, "Zombie Kampung Pisang" juga turut kembali untuk filem ketiga ini.

Sekalipun mendapat tempat pertama, ia masih tidak sehebat kutipan filem keduanya, "Hantu Kak Limah Balik Rumah" yang berjaya mengumpul RM7.90 juta.

KL Gangster 2
Sekalipun filem pertamanya berjaya menjadi filem terlaris tahun 2011, filem prekuelnya tidak berjaya menghasilkan keputusan yang sama.

Filem arahan Syamsul Yusof ini berada di tempat kedua dengan kutipan RM4.96 juta, sekalipun dengan barisan pelakon popular seperti Aaron Aziz, Ady Putra, dan Syamsul sendiri.

The Wedding Diary II & Once Upon a Time
Dua filem bahasa cina, "The Wedding Diary II", sekuel kepada "The Wedding Diary" arahan Adrian Teh, dan "Once Upon a Time" arahan Silver Chung berkongsi tempat ketiga dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM4.61 juta.

Kedua-duanya merupakan filem komedi. "The Wedding Diary II" yang dilakonkan Aniu dan Ellaine Kwong merupakan filem komedi romantik tentang pasangan yang harus berdepan dengan cabaran sebagai pasangan suami-isteri, manakala "Once Uopn a Time" merupakan komedi sains fiksyen tentang trio dari 6000 tahun lalu yang muncul di Malaysia secara tidak sengaja.

Rock Ooo! Rimba Bara Kembali
Sebuah lagi filem arahan Mamat Khalid, "Rock Ooo!" menduduki tempat keempat dengan hasil kutipan RM3.95 juta.

Filem ini merupakan kesinambungan filem komedi muzikal pertamanya, "Rock". Sekalipun bintang utamanya Hasnul Rahmat tidak kembali untuk filem kedua, para pelakon asal lain seperti Que Haidar, Khir Rahman, Soffi Jikan dan Norazmi Bahron kembali sebagai kumpulan Rimba Bara, selain menampilkan para pelakon lain termasuk Pekin Ibrahim dan Syamsul Apek.

Adnan Sempit 3
Sebuah lagi filem trikuel, "Adnan Sempit 3" lakonan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana berada di tempat kelima dengan kutipan RM3.94 juta. Namun begitu, filem tersebut dikira kurang berjaya berbanding filem asalnya yang berjaya mengutip sebanyak RM7.5 juta, dan filem keduanya yang mengaut RM6.82 juta.

Sebuah lagi spin-off, "Wawa Semput" turut dihasilkan tetapi gagal mengutip jualan yang memberangsangkan.

Highland Tower
Masih sedia mencuba dengan genre seram, pengarah Pierre Andre menghasilkan filem "Highland Tower", yang diinspirasikan daripada tragedi runtuhan yang berlaku pada tahun 1993.

Filem yang menggunakan teknik found footage/mockumentary dan mempertaruhkan barisan pelakon yang kurang dikenali ini mengutip jualan tiket sebanyak RM3.52 juta di pawagam.

KL Zombi
Pengarah indie yang popular dengan karya seperti "The Elephant and the Sea", Woo Ming Jin memilih adaptasi novel tulisan Adib Zaini, "Zombijaya" untuk menghasilkan sebuah filem escapism lakonan Zizan Razak dan Siti Saleha.

Filem ini bercaya memasuki carta kutipan pecah panggung dengan jumlah keuntungan sebanyak RM2.95 juta.

Juvana
Drama bersiri yang menaikkan nama pelakon Zahiril Adzim ini mempersembahkan versi filemnya pada Januari 2013, dan berjaya mengutip RM2.86 juta di pawagam seluruh Malaysia.

Selain daripada barisan pelakon asal seperti Zahiril Adzim dan Johan As'ari, filem ini juga dibintangi Sharnaaz Ahmad yang mendapat pujian melambung untuk karakternya sebagai Lan Todak.

Bikers Kental
Menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Zul Ariffin, Bront Palarae, Amerul Affendi berserta bintang Thailand seperti Pornwippa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem, filem Mohd Helmi Yusof terbitan Astro Shaw/Tayangan Unggul ini berada di tangga kesepuluh dengan keuntungan RM2.72 juta.

Filem 'road trip' ini berkisar tentang Bidin yang menyertai sebuah kumpulan motosikal dalam konvoi mereka ke Thailand, tanpa sebarang pengalaman tentang perjalanan sedemikian.
Filem tempatan terlaris 2013! Filem tempatan terlaris 2013! Reviewed by Tular Lagi on 1:36 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.