Helang Punca Pesawat Cessna 172 terhempas ?
KUALA LUMPUR - Pesawat Cessna 172 yang terhempas di kawasan Empangan Batu, Ulu Yam semalam dipercayai ada kaitan dengan percubaan mengelak dua burung helang ketika terbang dalam keadaan angin kencang.
Perkara itu diceritakan Syed Haidhar Syed Zulkifli, seorang dari tiga mangsa yang terselamat dalam kejadian itu, kepada ibunya Sharifah Hatun Hanisah Syed Abd Rahman yang menemuinya di Wad Kecemasan Hospital Selayang di sini hari ini.
"Menurut anak saya, semasa mengelak (burung helang) tiba-tiba datang angin kencang yang membuatkan pesawat hilang imbangan,” kata Sharifah Hatun ketika ditemui pemberita di hospital itu.
Tiga mangsa pesawat Cessna 172 dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) ditemui selamat hari ini setelah pesawat tersebut terhempas di kawasan Empangan Batu selepas dilaporkan hilang di sekitar Batu Caves kira-kira 5 petang semalam.
Mereka ialah Kapten Saiful Farid Amri Amrizal, 22; Syed Haidhar, 25; dan Shaiful Zafiq Razali, 24. - Bernama
Merancang untuk membeli telefon baru untuk memulakan tahun baru? Semua tawaran yang terbaik di sini
Helang Punca Pesawat Cessna 172 terhempas ?
Reviewed by Tular Lagi
on
7:15 PM
Rating:
No comments: