Like us for get Notifications

Instagram milik Shila Amzah pernah cuba digodam ?




Bakal ambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun palsu laman sosial dirinya

Sebelum ini, akaun Instagram milik Shila Amzah pernah cuba digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, rancangan jahat itu tidak berhasil dan laman sosial penyanyi berkenaan sempat diselamatkan.

Selepas insiden terbabit, Shila yakin kejadian seumpama itu tidak berulang, namun jangkaannya meleset sama sekali.



Terbaharu, ada insan tidak bertanggungjawab membuka akaun Facebook (FB) palsu penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu dan Makin Aku Cinta itu.




Bukan saja menyamar, tetapi pihak terbabit turut menipu peminat dengan meletakkan pelbagai gambar dan cerita palsu dalam akaun itu sehingga memaksa anak gadis pelakon, penyanyi dan pengacara, ND Lala, itu memberi amaran buat si dalang.

Ketika ditemui pada sidang media khas baru-baru ini, Shila berkata, insiden menabur fitnah ke atas dirinya seperti yang ditulis dalam laman sosial itu membuatkan beliau terpaksa bertindak.

Gambar kahwin

Dalam FB palsu itu, mereka meletakkan gambar Sha memakai baju pengantin dengan keterangan gambar menyatakan Sha sudah berkahwin, walhal gambar terbabit diambil ketika Sha mengadakan persembahan pada malam Tahun Baharu di Shanghai.
Sudahlah cerita tidak benar, sakit hati pula apabila membaca komen yang ditulis. Memandangkan ramai yang percaya dengan fitnah itu, Sha terpaksa menghantar mesej kepada pemilik akaun FB terbabit supaya menutup akaun berkenaan. Buat masa ini, akaun itu sudah tidak aktif, tetapi tak tahulah pada masa akan datang, katanya yang senang membahasakan dirinya Sha.

Tegas Shila, 23, perkara itu sudah dirujuk kepada peguamnya dan jika pemilik akaun terbabit masih berdegil, tindakan undang-undang bakal diambil.
Instagram milik Shila Amzah pernah cuba digodam ? Instagram milik Shila Amzah pernah cuba digodam ? Reviewed by Tular Lagi on 7:11 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.