Isteri seorang menteri India ditemui mati selepas menuduh suaminya ada hubungan sulit dengan wartawan wanita "
NEW DELHI - Isteri seorang menteri India ditemui mati di sebuah hotel mewah di sini kelmarin beberapa hari selepas dia menuduh suaminya itu melakukan hubungan sulit dengan wartawan wanita dari Pakistan.
Menteri India itu, Shashi Tharoor, 57, menemui mayat isterinya, Sunanda Pushkar selepas dia memasuki bilik hotelnya.
Tharoor yang merupakan Menteri Pembangunan Sumber Manusia mendapati isterinya itu telah meninggal dunia di atas katil selepas dia pulang ke Hotel Leela setelah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres Seluruh India.
Setiausaha peribadi Tharoor, S. Abhinav Kumar kemudian menghubungi polis bagi memberitahu tentang kejadian tersebut.
Menurut Kumar, menteri tersebut tidak melakukan perbuatan khianat terhadap isterinya.
Namun, polis kini melakukan siasatan sama ada Pushkar meninggal dunia disebabkan membunuh diri, serangan jantung atau diracun.
Pasangan tersebut tinggal di hotel itu kerana banglo rasmi Tharoor sedang dicat.
Namun, seorang doktor yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Pushkar mendapati terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan isteri menteri tersebut meninggal dunia.
Menurut Dr. Sudhir Gupta yang merupakan seorang daripada tiga doktor yang melakukan bedah siasat di sebuah hospital, lebih banyak ujian perlu dilakukan untuk menentukan punca sebenar kematian Pushkar.
Dia berkata, punca sebenar kematian isteri menteri itu akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.
Menurutnya, terdapat kesan-kesan kecederaan pada mayat isteri menteri itu.
Namun, setakat ini, masih tidak diketahui sama ada kecederaan tersebut mempunyai kaitan dengan kematian Pushkar.
Mayat isteri menteri itu dibakar di sebuah pusat pembakaran di sini semalam.
Tiga hari lalu, Pushkar yang berusia 52 tahun mendedahkan di laman Twitter bahawa suaminya itu menjalin hubungan sulit dengan wartawan Pakistan, Mehr Tarar.
Menurut Pushkar di laman tersebut, Tarar merupakan seorang perisik Pakistan.
Tarar, 45, turut menyatakan perasaan cintanya terhadap menteri tersebut.
Menteri itu pula menyatakan kepada Tarar bahawa isterinya telah mengetahui hubungan sulit tersebut.
Bagaimanapun, Pushkar mengaku bahawa dia yang menghantar mesej itu dan bukan suaminya.
Bagaimanapun, pada Khamis lalu, Tarar menafikan dia menjalin hubungan dengan menteri tersebut.
Menurutnya, dia pernah bertemu dengan menteri itu pada satu sesi temu ramah. - Agensi
sumber
Isteri seorang menteri India ditemui mati selepas menuduh suaminya ada hubungan sulit dengan wartawan wanita "
Reviewed by Tular Lagi
on
9:01 AM
Rating:
No comments: