Like us for get Notifications

Sedih Dirogol, Penuntut IPTS Nyaris Maut Terjun Tingkat 5









PETALING JAYA – Seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah bangunan pasar di Seksyen 14, di sini, selepas dipercayai dirogol pagi semalam lapor Harian Metro Online.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun itu dipercayai dirogol di tempat lain sebelum dia mengayuh basikalnya ke lokasi kejadian untuk membunuh diri.

Nak jadi pelawak tak? Tunjukkan kelayakan korang kat sini.

Pengawal keselamatan di bangunan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Hamdi, 30-an, berkata, ketika sedang berkawal, dia ternampak mangsa meletakkan basikalnya di kawasan belakang pasar itu dan menyangka mangsa hendak berjoging.

“Namun, selepas meronda di tingkat bawah, saya naik ke tingkat lima dan terkejut selepas ternampak wanita sama duduk di atas tembok dan bersedia untuk terjun.

“Apabila saya cuba menghalang, wanita itu mula menangis sebelum menjerit agar saya tidak mendekatinya,” katanya.

Menurutnya, apabila dia berlari untuk mendapatkan bantuan, dia mendengar bunyi dentuman kuat di tingkat bawah dan ketika itu didapati wanita sama sudah tidak sedarkan diri.

Katanya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Wanita yang cedera itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut sumber, berdasarkan pemeriksaan doktor, ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kemungkinan mengesahkan mangsa dirogol.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan berkenaan wanita itu kini berada dalam keadaan stabil. HM
Sedih Dirogol, Penuntut IPTS Nyaris Maut Terjun Tingkat 5 Sedih Dirogol, Penuntut IPTS Nyaris Maut Terjun Tingkat 5 Reviewed by Tular Lagi on 7:53 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.