Like us for get Notifications

Baju Suzy nyaris terlondeh...




Pada persembahan untuk acara Anugerah Carta Gaon K-Pop ke-3, Suzy, anggota kumpulan Miss A mengalami kerosakan baju.

Miss A adalah kumpulan yang membuat persembahan pembukaan pada acara yang diadakan di Stadium Sukan Olimpik Seoul, pada 12 Februari lalu.
Bagaimanapun selepas seminit persembahan, Suzy mula mencapai tali baju di bahagian leher. Walaupun nampak cantik dengan perhiasan berkilau, ikatan tali baju pada leher tertanggal.
Biarpun bimbang baju itu terlondeh ketika membuat persembahan, Suzy cuba sedaya upaya membuat persembahan terbaik dan masa sama memastikan baju itu kekal ditubuhnya dengan terus memegang bahagian itu sehingga tamat persembahan.

Ramai peminat yang memuji tindakan dan sikap profesionalisme Suzy dalam menangani masalah berkenaan yang dilihat agak mencabar apatah pada persembahan pembukaan sebuah acara hiburan yang gilang gemilang.
Baju Suzy nyaris terlondeh... Baju Suzy nyaris terlondeh... Reviewed by Tular Lagi on 8:43 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.