Like us for get Notifications

BAYI BERUSIA ENAM HARI MATI DIBAHAM ANJING

gambar hiasan




















London: “Anjing itu makan kepala anak saya!”

Itulah jeritan seorang ibu di Britain yang melihat anaknya yang berusia enam hari mati dibaham anjing.
Kejadian itu berlaku tiga hari selepas Sharon John, 42, membawa Eliza-Mae Mullane yang baru dilahirkan pulang dari hospital. 

Bayi yang berada di bawah rawatan rapi selepas dilahirkan menjadi mangsa terbaru dalam kes serangan anjing terhadap kanak-kanak di Britain.


Polis merampas anjing baka Alaskan Malamute peliharaan keluarga berkenaan selepas kejadian di Pontyberem, Camarthenshire itu.


Jiran keluarga berkenaan, Patricia Punter berkata Sharon berlari ke rumahnya dan menjerit, “Saya tak tahu apa nak buat.

“Ia sangat dahsyat, Saya tidak pernah mendengar jeritan seperti itu,” kata Patricia.

“Sharon tergamam dan terus menjerit “anjing itu makan kepala anak saya.”
“Dia menyalahkan saya atas kejadian itu - Bayi itu sudah mati, hanya tuhan yang tahu apa yang berlaku ketika itu,” katanya ketika ditemui.

Anjing dalam lingkungan lima atau enam tahun yang dinamakan Nisha itu dibawa pulang dari sebuah kelab malam oleh Sharon dan suaminya Patric Mullane, 35.

Eliza-Mae disahkan meninggal dunia di hospital.

Jurucakap polis berkata, mereka tidak boleh memberitahu punca kematian itu. Ibu bapa mangsa belum disoal siasat dan kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan tragik.

Kejadian yang menimpa Eliza-Mae itu berlaku lebih kurang seminggu selepas Ava-Jayne Corless berusia 11 bulan mati dibaham anjing keluarganya sewaktu tidur.

Presiden kelab baka anjing Alaskan Malamute United Kingdom, Keith Givens berkata, “Saya membabitkan diri dengan baka ini lebih 20 tahun dan tidak pernah mendengar kejadian seperti ini berlaku.”
BAYI BERUSIA ENAM HARI MATI DIBAHAM ANJING BAYI BERUSIA ENAM HARI MATI DIBAHAM ANJING Reviewed by Tular Lagi on 5:52 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.