Like us for get Notifications

Di Bawah Lindungan Kaabah: ‘Ustaz’ Adi lebih sukar





Katalah apa saja kerana ia sedikitpun tidak menjadi kudis padanya. Bagi pelakon popular Adi Putra, kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini sudah pun menjadi lipatan sejarah. Walaupun pahit untuk dikenang, Adi percaya banyak hikmah di sebalik setiap kejadian itu.

Malaysia terkenal menunjukkan pergerakan tarian dalam bilik tidur ?

Malah, kata pelakon kelahiran Singapura ini, kontroversi yang melanda dirinya juga tidak menjejaskan periuk nasinya dalam bidang seni.


Terbaru, dia dilamar beraksi dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang diadapatasi dari novel karya penulis dan ulama terkenal, Profesor Hamka serta bakal dipentaskan di Istana Budaya, tidak lama lagi.

“Saya tidak kisah orang nak kata apa pun kerana rezeki saya dalam bidang lakonan tidak pernah putus walaupun berdepan dengan kontroversi sebelum ini.


“Ternyata, saya masih mendapat kepercayaan dari pengarah dan penerbit drama serta teater di luar sana. Mereka memilih saya bersandarkan bakat dan bukan kontroversi yang dikaitkan,” katanya.


Ditanya pemilihannya selaku teraju utama teater itu, Adi mengakui dia sudah bersedia jika ada pihak yang mempertikaikan pemilihannya selaku teraju utama pementasan teater bercorak keagamaan, Di Bawah Lindungan Kaabah itu.

“Sebenarnya, saya sudah dilamar pengarah teater ini, Rosminah Tahir untuk memegang watak Hamid, sejak November tahun lalu lagi. Saya juga tidak ada masalah jika ada orang yang mengaitkan pembabitan saya dalam teater ini dengan kontroversi yang pernah melanda. Apapun pandangan dan cakap-cakap orang sama ada positif mahupun negatif ia tetap publisiti untuk pementasan teater ini,” katanya.

Bercerita lanjut wataknya dalam teater itu, kata Adi, watak Hamid memberi cabaran tersendiri kerana dia melakonkan karakter lelaki yang taat pada agama.

“Saya juga membuat rujukan dengan ustaz sebagai persediaan untuk mendalami karakter Hamid. Namun, saya tidak akan sekali-kali menonton naskhah ini yang pernah adaptasi ke filem sebelum ini kerana tidak mahu terlalu terikut dengan filem sedia ada kerana ingin tampil dengan gaya lakonan tersendiri.

“Terus terang, membawa watak sebagai gangster lebih mudah berbanding lelaki warak. Sebagai pelakon, saya juga berasa bimbang jika gagal membawakan watak Hamid dengan berkesan sekali gus meninggalkan kesan mendalam pada penonton,” katanya.

Lebih menarik, julung kali Adi digandingkan dengan pelakon popular Nasha Aziz selaku teraju utama teater ini.

Barisan pelakon lain yang turut terbabit dalam pementasan ini, Liza Abdullah, Elfira Loy dan Dafi Ismail Sabri.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah terbitan CTRA Production ini akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 8 hingga 19 Mei nanti.


Fokus pada bisnes dan pakej umrah

Enggan menoleh ke belakang, sebaliknya, Adi mengakui, misinya kini ingin mengembangkan sayapnya dalam bidang perniagaan sebagai jaminan masa depannya menerusi dua syarikat iaitu agensi pakej umrah Hadid Travel & Tours dan Malaysia2u.biz.

“Buat masa ini, saya sibuk menguruskan syarikat yang menjadi agensi pakej umrah yang akan memulakan penerbangan pertamanya pada Mac ini.

“Insya-Allah, saya juga akan ke sana untuk menguruskan hal berkaitan logistik kerana ia penerbangan pertama dan ia masih dalam peringkat percubaan lagi.

“Selain itu, saya juga memiliki satu lagi syarikat iaitu Malaysia2u.biz yang menguruskan perkhidmatan penghantaran cepat membabitkan operasi di Kuala Lumpur, United Kingdom, China dan di seluruh dunia.

“Walaupun sibuk dengan bisnes, saya tetap akan mempertimbangkan tawaran berlakon jika watak sesuai dan ada kelapangan,” katanya.

Mengulas perkembangan kesnya yang mencetuskan kontroversi sebelum ini, kata Adi, pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes itu lagi.

“Saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana kami tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan perkara itu. Kes itu juga sudah ditutup. Semoga tiada lagi sebarang spekulasi atau perkara yang mengaitkan saya dengan kes itu lagi,” katanya.
Di Bawah Lindungan Kaabah: ‘Ustaz’ Adi lebih sukar Di Bawah Lindungan Kaabah: ‘Ustaz’ Adi lebih sukar Reviewed by Tular Lagi on 8:37 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.