Like us for get Notifications

Dua lagi pengikut Tuhan Harun didakwa membunuh







KUANTAN 7 Mac - Dua lagi pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini berkaitan tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd. Malek, November tahun lalu.

Shamsinar Abdul Halim, 37, dituduh bersama Sumustapha Suradi, 40, dan seorang lagi yang masih bebas, membunuh Ahmad Raffli di Lorong IM2/29 Bandar Indera Mahkota di sini pada 10 November lalu.




Jefferi Safar, 37, pula dituduh bersama-sama ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 48, isterinya, Azida Mohd. Zol, 31, dan pemandu, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38, bersama-sama melakukan konspirasi jenayah iaitu bersetuju antara satu sama lain dengan niat membunuh Ahmad Raffli.

Kesalahan itu adalah bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120B (1) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali kemudian menetapkan kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi pada 17 Mac ini.- uo


Dua lagi pengikut Tuhan Harun didakwa membunuh Dua lagi pengikut Tuhan Harun didakwa membunuh Reviewed by Tular Lagi on 11:37 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.