Kenapa Farid Kamil rahsiakan nama anaknya ?
SEJAK pelakon tinggi lampai, Farid Kamil, 33, mendirikan rumah tangga dengan Diana Danielle, 23, pada penghujung tahun 2012, ada sahaja kisah kurang enak serta kontroversi yang sering menghambat pasangan tersebut.
Perempuan Ini Menjanjikan
Daripada isu pakaian seragam dan lencana kententeraan yang dipakai pada majlis resepsi perkahwinan hinggalah keengganan Farid dan Diana untuk mengumumkan nama anak lelaki mereka, pasangan itu seperti mengambil keputusan untuk mengunci mulut apabila disoal mengenai kisah peribadi.
Ketika ditemui pada majlis pengumuman pelantikannya sebagai jurucakap kedai dobi layan diri CleanPro di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, pelakon yang pernah popular dengan filem I’m Not Single itu mengakui dia mempunyai sebab yang tersendiri untuk terus merahsiakan indentiti anak sulungnya itu.
Ikuti temu bual Kosmo! dengan Farid.
Kosmo!: Tahniah kerana dilantik sebagai duta rangkaian kedai dobi terbesar di Malaysia! Kenapa Farid begitu tertarik untuk menerima tawaran ini?
FARID: Terima kasih. Ketika saya berada di Amerika Syarikat (AS), saya telah menggunakan perkhidmatan seperti ini. Ia sangat mudah dan praktikal. Selain itu, saya tertarik untuk menerima tawaran ini kerana ia merupakan satu konsep yang menarik untuk diketengahkan di Malaysia.
Sebagai seorang seorang selebriti yang telah mendirikan rumah tangga, adakah Farid sudah bersedia untuk menjadi jurucakap sebarang produk bersama isteri dan anak?
Saya belum menerima sebarang tawaran untuk muncul bersama isteri dan anak. Lagipun, saya tidak mahu anak saya terlibat secara langsung dalam industri hiburan ketika dia masih kecil.
Adakah Farid melarang anak daripada menceburi dunia seni, terutamanya dunia lakonan?
Buat masa ini, ya. Saya tidak gemar melihat anak saya bekerja pada usia muda. Saya juga tidak menyokong child labor (kanak-kanak yang diminta untuk bekerja). Tetapi, jika dia mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia hiburan ketika dia sudah dewasa, itu terpulang dengan keputusannya sendiri.
Sudah hampir setahun sejak anak sulung anda dilahirkan. Kenapa Farid mengambil keputusan untuk tetap merahsiakan nama anak anda?
Saya akan mengumumkan tentang anak saya apabila tiba masa yang sesuai nanti.
Apakah perancangan Farid untuk anak?
Saya bercadang untuk menghantarnya ke sekolah tahfiz apabila usianya menginjak lima tahun.
Kenapa Farid bercadang untuk berbuat demikian?
Idea untuk menghantar anak saya ke sekolah tahfiz tercetus apabila ibu saya sendiri berhasrat untuk melihat salah seorang daripada anak-anaknya bergelar tahfiz. Akibat hasrat yang diimpikan sebelum ini tidak kesampaian, dia kemudian mencadangkan agar cucunya pula diberikan pendidikan sebegitu. Pada pandangan saya, tidak salah untuk mencuba.
Apakah perubahan ketara yang Farid alami selepas bergelar seorang bapa?
Perubahan paling ketara yang berlaku dalam hidup kami sekarang adalah cara kami membahagikan masa. Jika dulu kami ada 24 jam untuk diri sendiri, tetapi selepas menimang cahaya mata, anak merupakan keutamaan kami.
Isteri anda, Diana kelihatan sungguh kurus. Adakah Farid menjaga pemakanan Diana selepas melahirkan anak?
Saya memang menjaga pemakanan Diana terutamanya sejak dia masih mengandung lagi. Dia memerlukan nutrisi yang betul bagi menjamin kandungan yang sihat. Justeru, selepas melahirkan anak, pola pemakanan yang serupa masih diteruskan.
Adakah Farid meletakkan syarat untuk Diana dalam kerjayanya?
Saya tidak menyekat sebarang keputusannya untuk terus berlakon. Asalkan dia pandai membahagikan masa antara kerjaya dan anak, saya tidak kisah.
Sejak kebelakangan ini, Farid sering dikaitkan dengan hal yang berkaitan dengan pihak berkuasa. Apakah status hubungan anda dengan mereka sekarang?
Buat masa ini, saya dan pihak berkuasa tidak mempunyai apa-apa masalah. Semua yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan salah faham sahaja.
Apakah perkembangan terbaharu Farid?
Saya bakal muncul dengan filem arahan Mamat Khalid berjudul Apokalips X pada 3 April ini. Selain itu, saya akan berlakon dalam sebuah supertelefilem, selain trilogi filem Lagenda Budak Setan. -kosmo
Kenapa Farid Kamil rahsiakan nama anaknya ?
Reviewed by Tular Lagi
on
8:24 PM
Rating:
No comments: