Like us for get Notifications

Liyana Manan - Hanez Suraya memang rampas suami saya 6 bulan lalu







Liyana Manan akui Hanez Suraya rampas suaminya - Sebelum ini, pelakon Hanez Suraya mendakwa kekasihnya berstatus duda anak dua dan bukan lagi suami orang. Dia turut menafikan cuba merampas jejaka bernama R dari isterinya dikenali Liyana Manan.Bagaimanapun, Hanez rupanya berbohong kepada media kerana dia memang tahu status kekasihnya dari dulu lagi sehingga memaksa beliau memohon maaf.

Menerusi Berita Harian hari ini, Liyana Manan telah tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez Suraya dalam hubungan mereka.“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai.

Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu, sedangkan saya masih isteri R yang sah.”“Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!”“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah tapi apa yang dapat saya katakan konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya.

”“Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu, sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan. Bermakna, rumah tangga kami lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya.”Dalam pada itu, Liyana Manan juga menunjukkan beberapa keping gambar percutian suaminya bersama Hanez Suraya ke Bangkok, Thailand untuk meraikan ulangtahun kelahiran jejaka itu sebagai bukti hubungan mereka yang terjalin.“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R.” -sumber
Liyana Manan - Hanez Suraya memang rampas suami saya 6 bulan lalu Liyana Manan - Hanez Suraya memang rampas suami saya 6 bulan lalu  Reviewed by Tular Lagi on 3:51 PM Rating: 5

7 comments:

  1. aduhai artis....

    ReplyDelete
  2. suami kamu si R tu belum tengok hanez tanpa make-up kot...kalau dah tengok mungkin dia langkah seribu...
    -hani mani-

    ReplyDelete
  3. poligami aja kak...senang aja...
    Suami kahwin lagi satu maka bermakna dia mampu la tu...

    ReplyDelete
  4. tuuuu perangai perempuan atau isteri2....laki dia xsalah jugak, yg salah tetap orang perempuan lain yg sejenisnya jugak.......cuba marahkan laki muuu tuuu yg dok p cari pempuan lain.......

    ReplyDelete
  5. macam ni la Puan Liyana..bertepuk sebelah tnagna tak akan berbunyi...suami puan hanya berdiam dir semada 'kekasihnya' menghina Puan, status Puan dan anak2 Puan. Jadi usdah2lah tu menangis, sekarang masa untuk buatt keputusna dan ambil tindakan...adakah Puan masih mahu berimamkan lelaki yang sudah berbuat maksiat?? apa contoh yang dapat diberikannya kepada anak2 Puan...

    Tidak guna menangis dan berendam airmata..sebelum suami Puan mencipta seribu alasan yang lebih menyakitkan hati untuk 'membenarkan' perbuatan curangnya, lebih baik Puan kuatkan hati dan fikirkan masa depan..dan ingatlah Puan memang bukan isteri yang pertama dicurangi/dilukai/dikhianati suami didunia ini...ramai lagi isteri yang terkena..ramai memilih untuk terus hidup menderita dan kesedihan keran kehilangan kasih saying suami dan suami atas nama setia, tetapi ramai juga yang memilih untuk bahagia dengan mencari jalan keluar sendiri...ada yang memilih untk memutuskan perhubungan suami isteri, ada yang memilih terus menjadi isteri tetapi menjadi isteri yang tahu akan hak2nya..

    ReplyDelete
  6. layanan lbih power kn kn...

    ReplyDelete
  7. Pd pndpt saya....mnta suami pilih salah satu...kalau dia ttp pilih hanez.....baiklah akak mengalah aje.....mksudnya hatinya telah dicuri oleh hanez....maka susah akak nk menambat hatinya semula...
    buat masa ini....byklah brdoa dan brsolat hajat...Hanya Allah sebaik perancang....mgkin suami akak ni x sesuai lg dgn akak.rasenya....mgkin Allah akan kurniaakan yg lbh baik smd suami lain yg soleh atau anak2 yg soleh solehah....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.