Like us for get Notifications

 Maritim Malaysia tidak temui objek di lokasi pesawat dilaporkan hilang

PUTRAJAYA 8 Mac - Kapal laut KM Amanah milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah sampai ke lokasi pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang dari radar namun tidak menjumpai sebarang objek.Jurucakap Maritim Malaysia berkata, dua lagi kapal laut milik agensi itu sudah menghampiri lokasi pesawat itu dilaporkan hilang sebelum ini.

Sebuah helikopter turut digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat.Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH370 itu dikesan ialah di 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di perairan Laut China Selatan dan tiada petanda kecemasan daripada pesawat B777-200 dengan 239 orang dalam pesawat berkenaan.Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi kira-kira dua jam selepas berlepas.Pesawat yang membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi
 Maritim Malaysia tidak temui objek di lokasi pesawat dilaporkan hilang  Maritim Malaysia tidak temui objek di lokasi pesawat dilaporkan hilang Reviewed by Tular Lagi on 3:42 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.