Like us for get Notifications

NORA DANISH - Bukan kelab malam !

BUKAN berdalih, Nora akui hubungannya dengan Nedim kini semakin rapat.




MINGGU lalu heboh diperkatakan bahawa pelakon popular, Nora Danish, 32, yang sedang asyik berparti sempat meloloskan diri ketika pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan satu serbuan yang terhadap sebuah premis hiburan yang beroperasi secara haram, di Petaling Jaya.

Malah, serbuan tersebut yang turut disiarkan menerusi sebuah program majalah terbitan TV3 pada Isnin lalu, sekali gus mengundang persepsi negatif terhadap pelakon filem Cuti-Cuti Cinta itu.

Bagaimanapun Rabu lalu, Nora tampil memberi penjelasan bahawa dirinya tiada kena-mengena dengan serbuan berkenaan memandangkan majlis sambutan hari lahirnya yang dianjurkan berlangsung di sebuah restoran, bersebelahan dengan premis hiburan terbabit.

Justeru, Hits mendapatkan komen balas aktres genit itu bagi memberi peluang kepadanya untuk menjernihkan semula keadaan, secara tidak langsung membersihkan namanya daripada pelbagai tohmahan yang dilemparkan dek impak laporan program TV berkenaan.

Hits: Pada 7 Mac lalu, Nora dikatakan ada menganjurkan sebuah majlis di sebuah premis. Adakah ia benar?

Nora Danish: Saya seorang yang tidak berselindung. Menerusi laman instagram milik saya, ada dimaklumkan mengenai penganjuran majlis tersebut dan beberapa keping gambar serta rakaman video telah dimuat naik untuk dikongsi bersama pengikut saya. Jadi, memang benar saya ada menganjurkan sebuah majlis sempena sambutan hari lahir saya yang ke-32.Sejujurnya, di manakah majlis tersebut diadakan?Nampak sangat eksklusif.

 Betul ke kos sewaannya mencecah RM5,000?

Ia sebenarnya sebuah restoran khas yang direka bentuk dan dihias dengan hiasan yang sangat cantik bagi mengadakan sebarang majlis keraian secara tertutup dan eksklusif. Bab kos sewaannya itu, biarlah saya sahaja yang tahu. Tak perlu!

Jadi, bagaimana pula boleh timbul isu majlis tersebut di sebuah kelab hiburan yang beroperasi secara haram?

Saya sendiri tidak tahu menahu macam mana isu ini boleh timbul, sedangkan saya menganjurkan majlis tersebut di sebuah restoran, bukannya kelab malam seperti yang didakwa menerusi laporan program TV berkenaan. Kalau tak silap saya, kelab itu terletak berhampiran dengan lokasi saya mengadakan majlis.

Ada yang mengatakan, restoran dan kelab malam itu berada di bawah pengurusan yang sama, bermaksud kedua-duanya beroperasi secara tidak sah. Apa komen Nora?
Sekalipun restoran dan kelab hiburan itu di bawah pengurusan yang sama, macam mana saya nak tahu premis itu beroperasi dengan sah ataupun tidak? Bukankah itu kerja pihak berwajib? Saya dan pengunjung lain hanya datang sebagai pelanggan. Itu sahaja. Jadi, bukan salah kami.

Apa yang Nora mahu simpulkan daripada kejadian ini?
Saya rasa segala kenyataan yang telah diberikan cukup jelas. Tetapi, jika ada sesiapa yang ingin mengata, saya tidak boleh nak buat apa-apa sebab itu mulut mereka. Cuma saya rasa amat kesal dengan laporan program TV itu seolah-olah saya yang bersalah. - sumber



[VIDEO] Terima kasih kepada anda, Benicio Del Toro mencuri 75 juta keping emas. Yup, betul ...


NORA DANISH - Bukan kelab malam ! NORA DANISH - Bukan kelab malam ! Reviewed by Tular Lagi on 8:04 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.