Like us for get Notifications

Nora Danish mengaku sambut hari jadi bersebelahan kelab malam


Pelakon Nora Danish menjadi bualan peminat di laman sosial semalam selepas episod 999 melaporkan seorang selebriti tempatan didakwa mengadakan sambutan hari jadinya di sebuah kelab malam di Petaling Jaya, awal pagi Sabtu lalu.

Sejak itu, tumpuan terarah kepada Nora Danish memandangkan beliau baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-32 beberapa hari lepas.

Menerusi rakaman video yang disiarkan portal MIG Online hari ini, Nora mengakui majlis sambutan hari lahirnya berlangsung di sebuah restoran yang bersebelahan dengan kelab malam haram berkenaan.

"“Sekalipun restoran dan kelab hiburan itu di bawah pengurusan yang sama, macam mana saya nak tahu premis itu beroperasi dengan sah ataupun tidak. Bukankah itu kerja pihak berwajib.

“Jadi, bukan saya yang melakukan kesalahan, tetapi pemilik premis berkenaan."


Dalam pada itu, Nora turut melahirkan kekesalan dengan laporan sebuah program televisyen iaitu program 999 baru-baru ini yang memaparkan sedutan serbuan itu seolah-olah beliau yang bersalah.


Nora Danish mengaku sambut hari jadi bersebelahan kelab malam Nora Danish mengaku sambut hari jadi bersebelahan kelab malam Reviewed by Tular Lagi on 9:05 PM Rating: 5

1 comment:

  1. UMUR NORA BUKANLAH MUDA LAGI...X SESUAI SAMBUT HARI JADI PADA TPT2 YG AGAK MENCURIGAKAN....BYK TPT2 LAIN YG TDK MNDATANGKAN SYAKWASANGKA......KALAU KEDAI MAMAK 24 JAM BOLE JG KAN....BILE DH BUAT SILAP X PERLULA TUNDING ORG LAIN....BLAJARLAH DR KESILAPAN SDR.....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.