Like us for get Notifications

Rahsia muda Aamir Khan !



Umurnya sudah menjangkau 49 tahun, bagaimanapun tiada siapa yang dapat menafikan Aamir Khan masih nampak muda daripada usia sebenarnya itu. Malah ada yang mengatakan dengan wajah dan tubuh Aamir, dia sepatutnya baharu berumur 30-an.

Bagaimanapun berkongsi rahsia awet mudanya itu, Aamir mengakui bukan mudah sebenarnya. Selain sangat berhati-hati dengan makanan yang diambil, Aamir juga tidak menolak faktor keluarga juga sebagai penyumbang kepada penampilannya kini.

“Apa yang boleh saya kata, semua ini bergantung kepada genetik keluarga saya.

“Bagaimanapun saya juga sangat pentingkan pemakanan," katanya.

Terkenal sebagai pelakon yang sangat komited dengan watak yang diambil, Aamir memberitahu dalam memastikan penyampaian di dalam setiap filem sampai, dia akan pastikan penampilannya disesuaikan dengan watak dalam filem tersebut.

“Sehingga kini saya ambil tahu setiap makanan yang diambil," katanya yang sudah berada dalam industri lakonan selama 25 tahun.

Rahsia muda Aamir Khan ! Rahsia muda Aamir Khan ! Reviewed by Mohd fitri on 7:44 PM Rating: 5
Powered by Blogger.