Like us for get Notifications

Selangor jamin tarif air tak naik



Shah Alam: Kerajaan negeri memberi jaminan tarif air di Selangor tidak akan dinaikkan untuk tempoh tiga tahun lagi walaupun perjanjian penyusunan semula industri air sudah dimeterai bersama Kerajaan Pusat.
intenet murah klik sini

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat masih dikenakan tarif yang sama seperti yang dinikmati sekarang dan tiada sebarang cadangan menaikkannya dalam masa terdekat.
“Tiada sebarang perancangan menaikkan tarif air untuk tempoh masa tiga tahun akan datang yang akan dibuat kerajaan negeri walaupun penstrukturan industri air berlaku di negeri ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO kerajaan negeri, di sini, semalam. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air di negeri ini tidak memberi tumpuan mengenai cadangan kepada kenaikan tarif air.


Muhyiddin berkata, MoU berkenaan memberi tumpuan kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 agar dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat.-MM
Selangor jamin tarif air tak naik Selangor jamin tarif air tak naik Reviewed by Tular Lagi on 11:35 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.