Like us for get Notifications

Ummi Nazeera Kesal Pihak Cuba Aniaya Ibu







Aktres Ummi Nazeera yang kini sudah pulang ke tanahair sejak Disember lalu setelah menamatkan pengajiannya di Royal Melbourne Institute Technology (RMIT) jarang sekali menampilkan dirinya bersama imej barunya itu.

Namun begitu, pada pagi tadi pelakon utama filem Penanggal itu telah dilihat di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta. Difahamkan bahawa Umi Nazeera hadir ke sana kerana menemani ibunya, Datuk Maziah bt Musa.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 24 tahun telah memberikan kerjasama apabila diminta menjelaskan situasi yang menuntutnya berada di situ bersama ibunya pada sebutan kes penipuan sijil nikah oleh ahli perniagaan tersebut.

“Melalui apa yang telah disebutkan, saya yakin ibu saya berada di pihak yang benar. Beliau ada bukti yang kukuh. Malah ibu saya telah merujuk surat nikah itu kepada Majlis Narathiwat & sijil itu diperakui oleh pihak berkenaan.”


“Selain tu saksi yang tampil pada hari ini tidak relevan. Sebab itu peguam bela kami tidak bertanyakan apa-apa soalan kepada saksi itu tadi,” katanya dengan nada tegas.

Dia turut memberitahu bahawa dia amat terkejut dan kecewa dengan pertuduhan ini tetapi meyakini bahawa ibunya berada di pihak yang betul dan telah dianiyai oleh pihak pengadu iaitu ayahnya sendiri, Datuk Zainulabidin Mat Akhir yang sengaja mahu memanjangkan perbicaraan.

Kes perbicaraan melibatkan ibunya telah berlanjutan sekian lama dan Ummi mendakwa ia sedikit sebanyak menggangu pengajiannya di Australia dahulu.

“Saya terkejut bila berlaku tuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ni dari tahun lepas lagi tapi dipanjang-panjangkan dan masih tidak selesai lagi. Saya kecewa bila bapa saya sengaja mahu panjang-panjangkan kes ni sebab mahu menyusahkan ibu saya.

“Saya akui kes ibu saya sikit sebanyak menganggu pembelajaran saya sewaktu di Melbourne dahulu dan hari ini saya tampil untuk memperbetulkan beberapa laporan media sebelum ini yang kurang tepat mengenai ibu saya,” katanya yang turut mengesahkan yang kini sudah tamat pengajian di sana sejak Disember tahun lalu.

Datuk Maziah telah dituduh pada 20 Mei 2013 di Mahkamah Majistret Jalan Duta Kuala Lumpur dengan sengaja memberikan keterangan palsu pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan KL pada 16 Oktober 2009.

Ahli pernigaan itu didakwa mengemukakan sijil nikah didakwa palsu bertarikh 25 Disember 1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand.

Pertuduhan dibuat di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 193 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan denda jika didapati bersalah. Dato Marziah diwakili peguam bela, Datuk Zainul Rijal Zainal Abidin.

Sementara itu abang Ummi, Nazreem Musa yang juga ditemui diluar mahkamah berkata mereka adik-beradik akan tetap menyokong ibu mereka.

“Sebagai anak-anak kami percaya ibu kami dan sentiasa berada dibelakang ibu kami menyokong beliau,” kata Nazreem ringkas kepada media.

Mahkamah putuskan perbicaraan kes ini akan bersambung di pada 14 dan 5 Mei depan. sumber





Ummi Nazeera Kesal Pihak Cuba Aniaya Ibu Ummi Nazeera Kesal Pihak Cuba Aniaya Ibu Reviewed by Tular Lagi on 7:17 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.