Like us for get Notifications

Amyra ganti Hanez ?



APA yang Aida dengar ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan pun. Khabarnya pelakon Hanez Suraya tidak akan menyambung kontrak dengan produk kecantikan Aura White pada tahun hadapan. Tidak dapat Aida nafikan, kontroversi yang dicipta Hanez baru-baru ini seakan memberi kesan yang agak teruk buat kariernya tahun ini. Malah selepas dia terus dihentam peminat, dapat kita saksikan sendiri pihak Aura White juga tidak terlalu berani menonjolkan produk tersebut bersama wajah Hanez.

Memandangkan sudah begitu sekali tahap penerimaan peminat terhadap Hanez, tentunya pihak Aura White sendiri mahu mencari pengganti yang mampu membawakan imej yang lebih baik buat produk tersebut. Khabarnya antara yang pasti akan menggantikan Hanez sebagai duta pada tahun 2015 adalah pelakon cantik Amyra Rosli.

Merupakan tunangan kepada pelakon Dazrin Kamaruddin, pelakon ini khabarnya menepati ciri-ciri penuh sebagai duta Aura White. Jika benar khabar ini tentunya Amyra sudah perlu menjarakkan diri dari sebarang kontroversi mulai sekarang. Ialah bila jadi duta jangan ingat kerja kita setakat melaram di acara pelancaran sahaja.

Berat sebenarnya tanggungjawab sebagai duta ini, sebab itu ada di antara artis senior lain begitu berhati-hati memilih produk yang mahu diwakili mereka. Ada yang memberitahu Aida, antara perkara yang dititikberatkan adalah soal prinsip, jika mereka tidak menggunakan produk tersebut, mereka tidak akan bersetuju untuk menjadi duta.

Berdosa katanya menipu peminat, Aida memang puji kalau artis yang mempunyai pemikiran begini. Ialah buat apa menipu peminat, kalau kecantikan yang diperoleh terang-terang nampak di buat-buat. Lagi teruk ada artis yang menggunakan teknologi yang lebih hebat membuat perubahan pada wajah, bila ditanya katanya kesan produk yang diwakili. Terkebil-kebil mata Aida cuba mempercayainya, walaupun sah-sah hidung tu semakin meninggi tanpa belok-belok.

 Nota Lutut : Ulang alik rumah kekasih, kau buat apa tu dik?


Menjerit "AHHHHHH" jika anda ingin menjadi.. [  klik untuk  baca selanjutnya  ]

| Sumber

Amyra ganti Hanez ? Amyra ganti Hanez ? Reviewed by Tular Lagi on 1:27 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.