Like us for get Notifications

Anak Rozita Che Wan Sahkan Bakal Terima BMW 6 Series ! - ROTI KAYA


Perkara ini menjadi lebih besar dan meraih perhatian ramai lebih dari apa yang kami jangkakan. Mungkin kerana ianya melibatkan Rozita Che Wan dan hadiah kecemerlangan SPM yang bernilai ratusan ribu ringgit. Kami dahulu tidak terima apa apa, kerana gagal. Heh.

Dalam laporan terbaru Kosmo! Ahad, Ammar Effendy yang telah menjadi bualan ramai sepanjang minggu lalu mengesahkan yang beliau akan menerima kereta BMW 6 Series G Power Modified yang harga pasaran ketika ini sekitar RM700,000.

“Ya, memang mummy nak belikan kereta BMW untuk saya. Audi tu suka je, kami dah pergi survey kereta BMW baru baru ini,” tulis Ammar Effendy kepada wartawan Kosmo! menerusi aplikasi Whatsapp baru baru ini.

Dalam laporan tersebut, Ammar Effendy turut dikatakan bersyukur dan gembira dengan hadiah kereta mewah yang ditawarkan ibunya itu dan berkata mungkin akan membeli kereta Audi R8 idamannya itu dengan duitnya sendiri selepas bekerja kelak.
Anak Rozita Che Wan Sahkan Bakal Terima BMW 6 Series ! - ROTI KAYA Anak Rozita Che Wan Sahkan Bakal Terima BMW 6 Series ! - ROTI KAYA Reviewed by Tular Lagi on 3:22 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.