Like us for get Notifications

Umat akhir zaman cabar kuasa Ilahi





Dunia semakin hari semakin tua meniti usia penghujungnya. Namun, semakin tua usia dunia ini, semakin banyak kerosakan dilakukan manusia sebagai penghuninya.

Kerosakan dilakukan termasuk yang zahir dan tersembunyi.
Mahu melihat MasterChef Malaysia menunjukkan tips pencuci mulut dan muslihat? [ klik sini ]
Zahir boleh dilihat jelas melalui mata kasar adalah pembinasaan khazanah bumi seperti hutan dan gunung- ganang yang ditarah untuk merealisasikan impian dunia moden dengan mendirikan pelbagai bangunan di atasnya.

Jika bumi itu boleh disifatkan dengan jasad manusia, tentu kita dapat melihat satu bentuk tubuh yang mengalami kecacatan di sana sini.

Mungkin bumi pada hari ini umpama manusia yang tidak mempunyai tangan dan kaki yang lengkap.

Namun yang lebih ‘menyakitkan’ bumi pada pandangan saya ialah kebinasaan disebabkan kemungkaran dilakukan manusia di atasnya.

Semakin kita dekat dengan hari kiamat, semakin berani pula manusia mencabar Allah dengan pelbagai maksiat dilakukan.

Jika bumi ini dapat berbicara, tentu sekali dia akan merintih atau merayu kepada manusia supaya dia dikasihani.

Sebagai makhluk yang patuh dan berzikir kepada Allah, tentu saja bumi ini akan mematuhi arahan Allah kepadanya.

Dalam surah Al-Israa’, ayat 44, Allah berfirman yang bermaksud: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.


Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Bumi cuba memberikan peringatan kepada manusia supaya kembali kepada Allah dengan memberi peringatan demi peringatan.

Pelbagai bencana alam yang berlaku seperti tsunami, tanah runtuh dan gempa bumi nampaknya belum berjaya membawa umat manusia kembali kepada Allah.

Malah, ada pula yang mengatakan bencana alam tiada kaitan dengan Penciptanya dan ia hanya tidak lebih daripada hukum alam.

Lebih mendukacitakan lagi adalah manusia yang tahu mengenai wahyu yang disampaikan kepadanya.


Mereka tahu apa yang halal dan haram tetapi mereka tidak berusaha meninggalkannya.

Pada satu petang awal minggu lalu, saya ke Kuala Lumpur kerana ada urusan.

Ketika meletak kereta, mata saya tiba-tiba ‘tertangkap’ satu pemandangan yang menyebabkan perasaan bercampur baur.

Perasaan sedih, marah dan hairan bercampur-aduk dan saya terpaku di situ untuk beberapa ketika bagi terus menyaksikan apa yang saya lihat di depan mata.

Ia adalah satu situasi di sebuah kedai nombor ekor.

Kedai itu sesak dikunjungi tahi judi yang bagai berlumba-lumba membeli nombor ekor.

Ada yang menaiki kereta, ada yang berjalan kaki dan ada yang menaiki motosikal, semuanya mempunyai satu matlamat pada petang itu, iaitu membeli nombor ekor.

Di sebelah kereta saya, saya lihat si suami turun membeli nombor ekor, manakala isterinya menunggu di dalam kereta.

Di sudut lain pula, saya lihat seorang bapa meletakkan motosikal di tepi kedai dan turun memimpin tangan anaknya yang masih kecil bersama-sama ke kedai nombor ekor.

Di satu lagi sudut, saya nampak sekumpulan lelaki berumur 50 hingga 60 tahun membelek-belek kertas judi yang dibeli sambil berbincang sesama mereka.

Membuatkan perasaan saya bercampur baur ketika itu ialah hampir 70 peratus yang keluar masuk menjadi pelanggan kedai berkenaan adalah berbangsa Melayu yang saya percaya beragama Islam.

Apabila saya ketengahkan isu ini di Facebook, antara maklum balas yang banyak diterima adalah situasi ini sebenarnya ‘biasa’ di negara kita pada hari ini.

Pemandangan orang Melayu dan Islam bermain judi bukan sesuatu yang janggal, malah mereka juga tidak kekok dan tidak segan silu melakukannya.

Saya percaya, mustahil untuk mereka mengatakan tidak tahu judi itu haram.

Malah, di pintu kedai judi itu juga menyatakan: “Orang Islam dilarang berjudi.” Namun begitulah realiti sekarang, semakin kita menuju ke dunia akhir zaman, manusia semakin berani mencabar kekuasaan Allah.

Kita sebenarnya hidup di dunia dengan rahmat Allah.

Jika tidak kerana rahmat-Nya, nescaya kita dibinasakan dengan azab-Nya seperti mana yang menimpa umat terdahulu. | Mymetro
Umat akhir zaman cabar kuasa Ilahi Umat akhir zaman cabar kuasa Ilahi Reviewed by Tular Lagi on 10:44 PM Rating: 5

5 comments:

  1. ALLAH TIDAK BERLAKU ZALIM KEPADA HAMBA-NYA TETAPI HAMBA-NYA LAH YANG BERLAKU ZALIM PADA DIRI SENDIRI...

    ReplyDelete
  2. sudah spatutnya kerajaan membuat peraturan keras melarang tuntutan duit menang judi ekor oleh org Islam...amik nombor byk mana pun tp kau menang x boleh tuntut menggunakan IC orang Islam....boleh jer nak mtk tolong orang bukan Islam tuntut...tp risikonya tinggi...pikir2kan...

    ReplyDelete
  3. Sudah sampai masanya kerajaan menggubal undang2 menghalang tuntutan wang kemenangan hasil judi oleh orang Islam. Ianya akan mengurangkan orang-orang Islam drpd membeli judi ekor tremendously....Insyallah. Boleh jer nak mtk orang bukan Islam untuk buat tuntutan tetapi risikonya tinggi. Kerajaan sepatutnya timbang2kan jikalau mereka jujur dalam menjaga kepentingan dan kehebatan Islam.

    ReplyDelete
  4. Bursa saham tu pun judi juga tapi cara yahudi yg menghalalkan yg dah tentu haram tanya mufti harusaini nanti dia jawab .................

    ReplyDelete
  5. Selagi ada kedai menjual nombor dan lain2 kegiatan judi, pengawalan supaya orang islam drp terlibat adalah sukar dibendung. Mereka masih boleh menggunakan broker ataupun runner. Kaedah yg paling berkesan adalah dgn tidak melesenkan judi secara mutlak. Itupun jika mereka masih lagi mahu berjudi, ia dlm bentuk lain spt terup dan judi bola secara gelap. Ini dapat mengecilkan saiz perjudian ataupun menghentikannya terus. Kasino pula wajib ditutup.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.