Like us for get Notifications

Wanita dirogol dalam tandas

SETIU - Seorang wanita mendakwa dirogol seorang pelanggan di kedai makan tempat dia bekerja dalam kejadian di sebuah tandas awam Kampung Nyatoh, Penarik, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 petang ketika mangsa berusia 23 tahun pergi berseorangan ke tandas itu tanpa menyedari dia diekori suspek dikenalinya berusia 20-an.

“Sebaik tiba, mangsa ditarik suspek ke dalam tandas dan diarahkan tidak berbuat bising jika enggan diapa-apakan.

“Mangsa mendakwa minta suspek melepaskannya, namun rayuan itu tidak diendahkan sebelum dirogol,” katanya.

Ab Rahman berkata, selesai melampiaskan nafsu, suspek meninggalkan mangsa sambil memberi amaran agar tidak menceritakan perbuatan itu kepada sesiapa, namun mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Penarik untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. | Sinar Harian
Wanita dirogol dalam tandas Wanita dirogol dalam tandas Reviewed by Mad Pikghie on 9:23 AM Rating: 5
Powered by Blogger.