Like us for get Notifications

Anggota tentera terbabit kes tembak di Lahad Datu


LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata polis sedang mengesan anggota tentera yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di depan sebuah kedai 24 jam di sini, awal pagi tadi yang menyebabkan seorang komando tentera terbunuh manakala dua orang awam cedera.

Sambil mengesahkan kejadian itu, Hamza menasihatkan orang ramai supaya bertenang kerana kejadian itu adalah kes jenayah yang tidak membabitkan penjenayah dari luar.

"Siasatan di tempat kejadian menemui beberapa kelongsong peluru dan kesan tompokan darah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan 307 kanun sama kerana cubaan membunuh," katanya.

Komando tentera yang maut ditembak itu dikenali sebagai Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, dari Pasir Puteh, Kelantan.

Kejadian jam 4.45 pagi itu dipercayai akibat salah faham antara dua anggota tentera berkenaan sebelum seorang daripada mereka melepaskan tembakan
Anggota tentera terbabit kes tembak di Lahad Datu Anggota tentera terbabit kes tembak di Lahad Datu Reviewed by Tular Lagi on 12:29 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.