Hazama berang ? Peminat tegur foto berpelukan
Penyanyi Hazama hari ini 'berang' apabila peminat menegur dia bergambar sambil memeluk kekasihnya, Genervie Kam.
Hazama menerusi instagramnya semalam memuat naik gambarnya bersama Genervie yang sedang bercuti di Boston, Amerika Syarikat sekarang ini.
Peminat mempertikaikan gambar tersebut kerana antara Hazama dan Genervie belum ada ikatan yang sah.
Antara komen peminat adalah, "awek, ingatkan isteri...pelukan sakan, ingatkan dia bukan jenis lepas laku dan jangan peluk sangat sebab bukan muhrim."
Sebaliknya, hari ini, Hazama menerusi akaun instagramnya membalas komen peminat dengan berkata, ramainya orang yang berdosa pada hari ini.
"Ini instagram saya... saya tidak kisah jika ada orang nak letak iklan ke apa ke. Saya sokong orang yang buat perkara yang berfaedah. Cuma saya tak boleh tahan bila orang nak menyibuk dan tunjuk baik.
"Nak tengok gambar saya, silakan... saya tidak kisah. Instagram ini memang tempat untuk orang tengok gambar pun. Tapi kalau nak cari dosa saya, minta maaf la kerana saya tak berkenan," antara kata-kata yang ditulis Hazama sebagai membalas komen para peminat.
Hazama berang ? Peminat tegur foto berpelukan
Reviewed by Unknown
on
8:38 PM
Rating:
Biasalah kalau dah tak dapat hidayah, hati koras bak batu. Nauzubillah min zalik.
ReplyDeletesalah kita juga. buat apa kita jd peminat kpd artis yg mlakukan perbuatan mungkar.?
ReplyDelete