Like us for get Notifications

Ini mesej SPRM kepada anda yang selalu beli MC dan klinik yang selalu jual MC








PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia mengambil tindakan terhadap pekerja dan pengamal perubatan yang terlibat dengan pemalsuan sijil perakuan sakit.




1 Gambar. 1 Hashtag. RM5,000 ? [ klik sini untuk selanjutnya ]




Pengarah Siasatan SPRM, Pesuruhjaya Datuk Mustafar Ali berkata tindakan membeli dan menjual sijil perakuan sakit melibatkan elemen jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan kedua-dua pekerja dan pengamal perubatan yang terlibat boleh dikenakan tindakan, jika ada bukti yang cukup.

Katanya, SPRM sebelum ini pernah mengambil tindakan ke atas doktor-doktor yang mengeluarkan sijil perakuan sakit palsu kepada pekerja yang tidak layak atau tidak sakit dengan menerima bayaran tertentu. Ia juga mengambil tindakan terhadap pekerja yang mengemukakan sijil cuti sakit palsu.

"Tindakan tegas wajar diambil bagi memastikan sektor perubatan bebas rasuah atau salah guna kuasa, dan pada masa yang sama integriti pengamal perubatan dipertingkatkan," kata Mustafa dalam satu kenyataan media.

Beliau juga berharap mana-mana pihak yang ada maklumat dan bukti mengenai penjualan sijil perakuan sakit agar menghubungi SPRM dengan segera supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil.

Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memperuntukkan "seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya."

Jelas Mustafa, SPRM boleh menggunakan peruntukan itu kerana pemalsuan sijil sakit bertujuan menipu majikan iaitu prinsipal selain mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan terdapat unsur nilai kewangan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Jumaat mengingatkan pengamal-pengamal perubatan bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tegas jika terbukti menjual sijil perakuan sakit.

Di bawah peraturan sektor kesihatan, pengamal perubatan yang terlibat boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan sekiranya terbukti bersalah sijil amalan mereka boleh dibatalkan.



Ini mesej SPRM kepada anda yang selalu beli MC dan klinik yang selalu jual MC Ini mesej SPRM kepada anda yang selalu beli MC dan klinik yang selalu jual MC Reviewed by Tular Lagi on 8:47 PM Rating: 5

4 comments:

  1. Cakap kat sprm tu, lancau la.
    Klu sprm buat kerja, dah dari dulu org tak tipu mc.
    Pegi Lanchowwww la

    ReplyDelete
  2. yang ni nak dienforce...cap ayam betul

    ReplyDelete

Powered by Blogger.