Like us for get Notifications

Bapa artis Popular menyamar sebagai Datuk untuk menipu ?





Kegiatan bapa kepada artis wanita popular yang menyamar sebagai Datuk untuk menipu berakhir apabila dia ditahan sepasukan anggota polis di sebuah restoran di Bukit Tinggi, Klang, petang semalam. Lelaki berusia 60-an itu ditahan selepas laporan polis dibuat dua individu mendakwa ditipu selain melarikan wang berjumlah RM15,000 yang kononnya untuk proses mendapatkan permit pekerja.


Bagaimana kita boleh mengatakan tidak kepada benda [ PERCUMA ] ini ? 



Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang selepas usaha menjejakinya dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sejurus menerima laporan mangsa.

Difahamkan, suspek kini ditahan untuk soal siasat dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Asisten Komisioner Chong Mun Phing mengesahkan penahanan itu dan menasihatkan mana-mana individu yang pernah berurusan dengan suspek tampil memberikan kerjasama.

Individu yang pernah ditipu suspek diminta tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat dan membongkarkan kegiatan dilakukan suspek sebelum ini.

Mangsa tidak perlu bimbang kerana semua butiran mereka dilindungi polis. Apa yang penting kegiatan suspek dapat dibanteras,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Difahamkan, soal siasat turut merangkumi pendedahan identitinya yang mendakwa bapa kepada seorang artis wanita yang memenangi anugerah dalam satu majlis baru-baru ini.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki yang mendakwa menerima gelaran Datuk daripada Sultan Selangor dan bapa kepada artis wanita popular dikesan ligat menipu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan peniaga yang mengupah warga asing sebagai pekerja untuk menyara kehidupan mewahnya sejak dua tahun lalu.

Lelaki itu turut mempunyai 23 rekod jenayah lampau membabitkan kes tipu di beberapa negeri di pantai timur dan mendakwa mempunyai 'kuasa' mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) membanteras PATI.

Dia dikatakan mengaut belasan ribu ringgit sebulan daripada mangsanya sebagai wang perlindungan kononnya dapat mengelak daripada ditahan Jabatan Imigresen.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan suspek yang turut menyamar sebagai bekas setiausaha di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menipu orang ramai.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan mereka yang berdepan dengan individu yang dimaksudkan ini diminta berhubung terus dengan pihak berkuasa,” katanya
Bapa artis Popular menyamar sebagai Datuk untuk menipu ? Bapa artis Popular menyamar sebagai Datuk untuk menipu ? Reviewed by Mad Pikghie on 8:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.